+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Mengurangkan Risiko Kecurian Kenderaan Atau Pecah Masuk Kenderaan

Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan:

1. Memastikan kunci penghidup kenderaan tidak di tinggalkan.
2. Memastikan penggera kenderaan berfungsi dengan baik.
3. Mengunci stereng dan meastikan tingkap di tutup dengan rapat sebelum meninggalkan kereta.
4. Ambil semua barang berharga termasuk telefon bimbit dan membuka set audio yang mudah alih yang mahal untuk di simpan di dalam bonet kenderaan.
5. Penggunaan alat keselamatan mudah seperti pengunci stereng yang senang di lihat yang membantu menghalang kecurian.
6. Memasang kunci tambahan untuk stereng,gera,roda dan klac lebih baik.
7. Sentiasa letak kereta di tempat mudah di lihat dan pada waktu malam hendaklah di letak ditempat yang terang atau berlampu.
8. Berhati-hati semasa mengahantar kereta untuk di selenggara agar kunci tidak di tiru.
9. Jangan serahkan kunci kepada ‘jockey’ kereta.
10. Lebih baik mengukir nombor pendaftaran di cermin kenderaan.
11. Untuk motosikal letakkan di tempat yang telah dikhaskan.
12. Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkanya.
13. Rantai atau sediakan kunci tambahan di motosikal.