Panduan Keselamatan Hartabenda Peribadi/Universiti
- Barang berharga/bernilai disimpan didalam ruang/almari/kabinet yang selamat dan boleh di kunci,
- Pastikan tingkap dan pintu telah dikunci semasa meninggalkan bilik/ ruang walaupun dalam waktu yang singkat atau semasa hendak tidur,
- Mengadakan tambahan kunci keselamatan pada motosikal dan pasang alat penggere keselamatan pada kereta,
- Tidak membawa/ menyimpan wang tunai yang banyak dalam satu-satu masa bagi mengelakkan kerugian akibat kecurian/ tercicir,
- Tidak meletakan pin nombor serta kad ATM sekali dalam dompet
- DILARANG membuat kunci pendua atau memberi pinjam kunci bilik kepada kawan,
- Tidak meletakkan barang berharga didalam kereta atau didalam bilik yang boleh dilihat daripada luar,
- Elakkan diri anda dari meletakkan beg atau dompet yang mengandungi barang bernilai didalam bakul motosikal dihadapan semasa menunggang