+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Aluan Pengarah Keselamatan

pasport size

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke Laman Web Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru.

Saya bagi pihak seluruh warga Bahagian Keselamatan menghargai kesudian dan mengalu-alukan kepada anda semua pengunjung laman ini.  Adalah diharapkan maklumat yang ada terdapat dalam laman web ini akan membantu tuan/puan untuk mengenali Bahagian Keselamatan dan seterusnya akan mewujudkan hubungan kerja yang lebih baik. Diharapkan juga semua pengunjung laman ini dapat memanfaatkan maklumat yang dipaparkan sebaiknya untuk kebaikkan bersama.

Bahagian Keselamatan merupakan salah satu daripada 4 bahagian yang terdapat di Pejabat Pendaftar.  Bahagian Keselamatan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua perkara berkaitan pengurusan keselamatan bagi memastikan tahap keselamatan kampus terpelihara daripada segala ancaman dan juga mendukung matlamat Universiti untuk menjadi Universiti Bertaraf Dunia.

Semoga dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, dapat memudahkan pelaksanaan tanggungjawab keselamatan yang semakin mencabar oleh pihak kami ini.  Pihak kami juga mengalu-alukan komen atau cadangan daripada tuan/puan bagi membolehkan pihak kami membuat penambahbaikkan yang bersesuaian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan keselamatan dalam kampus.

Di atas keprihatinan dan kerjasama diucapkan terima kasih.  Sekian dan selamat melayari Laman Web kami.

“  KESELAMATAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA “

 

Ikhlas daripada,

ABD RAHIM BIN HJ ABD KARIM
Pengarah Keselamatan