+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my


Projek pembinaan Rumah Cili Inovasi Easy Pot Projek Mega SK Sri Skudai Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 10 tahun 2017 telah berjaya dilaksanakan oleh staf Bahagian Keselamatan Pejabat Pendaftar melalui Program University Social Responsibility (USR) bagi tahun 2017. Projek pembinaan ini dimulakan pada awal April dan selesai pada 5 Mei 2017 dan dirasmikan oleh Pengarah Keselamatan UTM Mej(B) Abd Rahim Abd Karim mewakili YBhg. Dato’ Wan Mohd Zawawi Bin Wan Abd. Rahman Pendaftar UTM pada 22 Mei 2017. Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Guru Besar SK Sri Skudai Pn Hjh Rosmawati Bt. Mohamed. Selain itu, 100 benih cili telah disumbangkan oleh Pusat Kursus Ko-kurikulum & Pembelajaran Servis (CCSL) UTM bagi menyokong program inovasi yang dijalankan oleh SK Sri Skudai. Di samping itu, sekolah ini juga akan melaksanakan Program ‘Team Building’ yang bakal dilaksanakan di UTM dan menggunakan khidmat staf Bahagian Keselamatan serta PTJ berkaitan yang akan diadakan di beberapa lokasi dalam UTM. Koloborasi ini dilaksanakan melalui program menjadikan SK Sri Skudai sebagai ‘Sekolah Angkat’ Pejabat Pendaftar UTM.