SEMPENA SEMINAR PERDANA KESELAMATAN UNIVERSITI AWAM MENJELANG 2020

IMG_7727

Sempena Seminar Perdana Keselamatan Universiti Awam Menjelang 2020 bermula 25-26 Januari 2017 di Dewan Azman Hashim UTM Kuala Lumpur

Seminar Perdana Keselamatan Universiti Awam Menjelang 2020 yang diadakan bermula 25 hingga 26 Januari 2017 di UTM Kuala Lumpur yang akan dirasmikan oleh YB Datuk Nur Jazlan Mohamed Timbalan Menteri Dalam Negeri mewakili YAB Dato’Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Seminar yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mencapai beberapa objektif iaitu mendedahkan peserta kepada ancaman keselamatan di peringkat nasional dan global serta mewujudkan laluan kerjaya yang lebih jelas berasaskan kompetensi selain membentuk sikap kerjasama berpasukan dalam berkongsi pengalaman dan kepakaran di kalangan anggota Bahagian Keselamatan UA seluruh negara.

Seramai lebih kurang 500 orang peserta terdiri daripada 20 orang Pengarah Bahagian Keselamatan buah Universiti Awam serta para pegawai dan anggota termasuk IPTA dan IPTS seperti UniKL, MMU, UNITEN terlibat dalam seminar ini. Penganjur seminar adalah dari Bahagian Keselamatan UTM dengan kerjasama Kesatuan Kakitangan Am UTM, Unit Korporat, Pejabat Harta Bina, Pusat Komunikasi dan Maklumat UTM dan penaja utama ialah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Kementerian Sumber Manusia (JHEKS). Beberapa pembentang dalam seminar ini terdiri daripada Pengerusi Majlis Pengarah Keselamatan Universiti Awam (MPKUA) merangkap Pengarah Keselamatan UTHM, Pengarah Keselamatan UTM, UNIMAS dan UiTM, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) Kementerian Pertahanan, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Jawatankuasa Latihan Universiti Awam (JALUMA), Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JASUMA).

IMG_6332

IMG_6335

IMG_6345

IMG_6396

IMG_6408

IMG_6442

IMG_6444

IMG_7547 IMG_7592 IMG_7627 IMG_7632 IMG_7658 IMG_7776