Select Page

Pengenalan

Pejabat Pendaftar mula mendapat pengiktirafan SIRIM  terhadap Sistem Pengurusan Kualiti yang dibangunkan, dilaksana dan diselenggara mengikut keperluan seperti yang dinyatakan dalam Piawaian MS ISO 9001-2000 pada 20 Ogos 2004. Mulai 1 November 2009, Pejabat ini telah mengambil inisiatif untuk mengubah dan membuat pindaan terhadap keseluruhan dokumen prosedur dan arahan kerja selaras dengan Piawaian terkini iaitu MS ISO 9001-2008.

Sistem Pengurusan Kualiti merupakan wadah bagi Pejabat ini untuk membuktikan keupayaan di dalam menyediakan serta menyampaikan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan, sesuai dengan peraturan, statutori dan amalan Universiti Teknologi Malaysia.

Penguatkuasaan yang efisyen dan efektif terhadap SPK ini akan menjamin kualiti perkhidmatan seperti mana yang diharapkan oleh pelanggan serta pihak-pihak yang berkepentingan. Di samping itu, penambahbaikan berterusan akan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan.