HCM Gala Night Dinner 2014

Bahagian Pengurusan Modal Insan (HCM), Pejabat Pendaftar melalui Kelab Keluarga HCM telah menganjurkan Majlis Makan Malam Gala bagi Tahun 2014. Majlis Makan Malam tersebut bertemakan “Bollywood” telah diadakan di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru pada bulan 28 Februari 2014. Kehadiran Tuan Haji Hassan bin Husin, Timbalan Pendaftar Kanan HCM telah memeriahkan lagi majlis berkenaan. Bagi seluruh warga Ahli Jawatankuasa Kelab HCM, setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.