Pada 21 November 2017, Bahagian Sumber Manusia (BSM), Pejabat Pendaftar telah mengadakan sesi perkongsian ilmu TN50 di Pusat Latihan UTM. Tujuan sesi perkongsian ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada semua staf BSM untuk membentangkan aspirasi-aspirasi mereka untuk tahun 2050 dalam konteks kerja sekyen masing-masing secara ‘bottom-up’.

Sebanyak 4 kumpulan telah membuat pembentangan yang mewakili seksyen masing-masing iaitu Seksyen Pengurusan dan Data, Seksyen Perkhidmatan, Seksyen Perjawatan dan Seksyen Pembangunan. Sesi perkongsian yang diadakan selama  dua jam tersebut dilihat berjaya menghasilkan idea-idea yang boleh diketengahkan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat. Selain itu, banyak bakat-bakat terpendam yang dapat diketengahkan melalui cara penyampaian yang mereka tunjukkan semasa sesi pembentangan. Menurut Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Encik Abdul Razib bin Shahuddin, satu projek khas akan diadakan susulan  daripada sesi perkongsian TN50 tersebut.

 

 

FACEBOOK
GOOGLE
http://registrar.utm.my/mindasinergi/2017/11/30/sesi-perkongsian-tn50-bahagian-sumber-manusia-pejabat-pendaftar">
LINKEDIN