Khamis, 12 Oktober

Program Khidmat Masyarakat Pejabat Pendaftar yang kedua bagi tahun 2017 telah diadakan di Hutan Rekreasi UTM pada 11 dan 12 Oktober 2017. Program kali ini melibatkan Sekolah Kebangsaan Sri Skudai, Johor Bahru. Seramai 30 murid dan 10 guru pengiring telah terlibat dalam program kali ini. Sekolah Kebangsaan Sri Skudai ini merupakan “sekolah angkat” Pejabat Pendaftar

Program 2 hari 1 malam ini padat diisi dengan pelbagai aktiviti mencabar dan tahan lasak. Antara aktiviti yang dijalankan adalah kawad kaki, ikhtiar hidup, berkhemah dan explorace. Kawad kaki diadakan bertujuan meningkatkan tahap disiplin peserta dan sentiasa peka arahan ketua. Slot ikhtiar hidup pula memberi pendedahan survival peserta didalam hutan seperti memasak ayam menggunakan buluh dan memasak nasi dalam kelapa. Aktiviti ini dapat mengajar peserta menjalani ikhtiar hidup didalam hutan. Aktiviti explorace turut diadakan dalam program ini. Permainan yang dijalankan berbentuk kerjasama dan memupuk semangat setia kawan.