Bersempena dengan Hari Kemerdekaan & Hari 1 Malaysia, Kelab Bahagian Sumber Manusia (BSM), Pejabat Pendaftar telah menganjurkan program Ceramah Kemerdekaan bertajuk “Negaraku Sehati Sejiwa” di samping penyerahan bendera jalur gemilang serta aktiviti mengibar jalur gemilang sambil berbasikal dan berjalan di sekitar kampus UTM.

Program ini telah diadakan pada 11 September 2017 jam 3.30 petang bertempat di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru. Program dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh pihak Biro Tatanegara (BTN)iaitu Encik Mohd Erfino Johari yang merupakan Pengarah di Biro Tatanegara Negeri Johor. Pihak BTN juga turut menyerahkan sehelai Jalur Gemilang kepada Pendaftar UTM sebagai simbolik penyerahan 100 unit jalur gemilang kepada staf UTM. Di samping staf BSM yang hadir ke program ini, program ini juga telah menarik minat warga UTM khususnya Kelab Basikal ARC UTM  untuk turut sama menyertai aktiviti mengibar jalur gemilang sambil berbasikal di sekitar kampus UTM.

Aktiviti ini turut mendapat kerjasama daripada pihak trafik Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar untuk mengawal lalulintas. Program berakhir jam 6.30 petang di foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.

 

 

 

FACEBOOK
GOOGLE
http://registrar.utm.my/mindasinergi/2017/11/26/sambutan-kemerdekaan-hari-1-malaysia">
LINKEDIN