Bersempena dengan program gaya hidup sihat yang telah diamalkan di UTM, Kelab Bahagian Sumber Manusia (BSM), Pejabat Pendaftar telah menganjurkan pertandingan badminton beregu campuran. Program yang mendapat penyertaan daripada staf BSM ini telah diadakan pada 24 Ogos 2017 jam 3.30 petang bertempat di Dewan Badminton, Pusat Latihan.

Aktiviti ini telah menarik minat seramai 16 orang peserta dan dibahagikan kepada lapan (8) regu. Pertandingan ini diadakan secara kalah mati. Johan bagi acara ini telah dimenangi oleh beregu campuran Zulkifli bin Jumain dan Shiraz Yasmin bin Muhidin. Naib Johan dimenangi beregu campuran Muhamad Talhah Bin Baharam dan Norhafizah binti Mohd Hanapiah. Tempat ketiga pula dimenangi oleh beregu campuran Hudzairi Bin Abd Aziz dan Nurshahida binti Karim.

Pemenang menerima hadiah berupa pingat yang telah disampaikan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, BSM iaitu Encik Abdul Razib bin Shahuddin pada program Morning Briefing.

FACEBOOK
GOOGLE
http://registrar.utm.my/mindasinergi/2017/11/26/program-gaya-hdup-sihat-pertandingan-badminton">
LINKEDIN