Khamis, 13 Julai 2017 – Bahagian Keselamatan UTM telah menerima lawatan dua orang Pegawai dari Bahagian Keselamatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kedatangan mereka bertujuan bagi menyelaraskan kajian dan semakan skim perkhidmatan keselamatan di Universiti Awam Malaysia (UA) serta membincangkan penambahbaikkan tahap keselamatan kampus UA.

Perbincangan yang bermula jam 10 pagi diPengerusikan oleh Pengarah Keselamatan UTM, En. Abd. Rahim bin Hj. Abd. Karim. Manakala Ketua Bahagian Keselamatan UTHM diwakili oleh Pengarah Keselamatan UTHM iaitu En. Yusoff Bin Romli. Pihak Bahagian Keselamatan UTM turut membuat  tayangan slide berhubung keselamatan UTM dan sistem penyampaian Bahagian Keselamatn UTM.

Perbincangan berhubung sistem keselamatan Universiti Awam berakhir pada jam 1.00 petang. Kedua – dua pihak bersetuju maklumat – maklumat yang telah dibincangkan akan dibawa kepada majlis Keselamatan Universiti Awam Malaysia yang dipengerusikan oleh Pengarah Keselamatan UTHM. Kedua – dua belah pihak berpendapat perbincangan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi memastikan keselamatan kampus universiti awam di Malaysia sentiasa berada dalam kaedaan harmoni dan selamat.