Pada 5 Ogos 2017, bertempat di Stadium Azman Hashim, UTM JB, berlangsung Hari Keluarga UTM 2017 dengan suasana yang sungguh meriah.

Bertemakan “Keluarga Bahagia, UTM Ceria”, majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim bin Ali.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Senam Seni 1 Malaysia, pertandingan dan permainan seperti Pertandingan Mewarna bagi Kanak-kanak, Happy Golfing, Jangan Pandang Belakang, Outbound dan sebagainya.

Majlis turut dimeriahkan dengan 120 hadiah cabutan bertuah seperti televisyen 43″. basikal, penghawa dingin serta peralatan-peralatan dapur.

  

 

FACEBOOK
GOOGLE
http://registrar.utm.my/mindasinergi/2017/08/14/hari-keluarga-utm-2017">
LINKEDIN