Skudai 22 Mei,

Pada tahun 2017 pihak Bahagian Keselamatan UTM, telah mengubah sedikit pendekatan program Komunitinya. Dimana program komuniti ini juga adalah sebahagian dari “Key Amal Indicator” Pejabat Pendaftar.

Pada kali ini program komuniti Bahagian Keselamatan dilaksanakan melalui projek pembinaan Rumah Cili Inovasi Easy Pot di Sekolah Kebangsaan Sri Skudai. Projek ini juga merupakan projek Mega Sekolah Kebangsaan Sri Skudai, sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 10 tahun 2017. Projek pembinaan Easy Pot ini dimulakan pada awal April dan selesai pada 5 Mei 2017. Projek ini dirasmikan oleh Pengarah Keselamatan UTM Mej(B) Abd Rahim Abd Karim yang mewakili YBhg. Dato’ Wan Mohd Zawawi Bin Wan Abd. Rahman, Pendaftar UTM pada 22 Mei 2017. Majlis perasmian tersebut turut dihadiri oleh Guru Besar SK Sri Skudai Pn Hjh Rosmawati Bt. Mohamed.

Bagi menyokong projek Easy Pot ini, 100 bag benih cili telah disumbangkan oleh Pusat Kursus Ko-kurikulum & Pembelajaran Servis (CCSL) UTM. Disamping projek Easy Pot, sekolah ini juga akan melaksanakan Program ‘Team Building’ yang bakal dilaksanakan di UTM dan menggunakan khidmat staf Bahagian Keselamatan serta PTJ berkaitan yang akan diadakan di beberapa lokasi dalam UTM. Koloborasi ini dilaksanakan melalui program menjadikan Sekolah Kebangsaan Sri Skudai sebagai ‘Sekolah Angkat’ Pejabat Pendaftar UTM.

FACEBOOK
GOOGLE
http://registrar.utm.my/mindasinergi/2017/05/22/rumah-cili-inovasi-easy-pot">
LINKEDIN