+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Anugerah Sukan

KRITERIA ANUGERAH SUKAN

>> [ Borang Anugerah Sukan 2017 ] <<

PENGENALAN

  • Anugerah Sukan Pejabat Pendaftar merupakan anugerah yang diberi bagi menghargai dan mengiktiraf penglibatan sesorang staf ( individu ) yang telah mengharumkan nama Pejabat Pendaftar dalam bidang sukan mewakili Pejabat Pendaftar di peringkat Universiti, peringkat IPTA, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

PERMOHONAN PENCALONAN/PENYERTAAN

  • Syarat Utama MESTI menyertai/mewakili Pejabat Pendaftar (kecuali acara sukan yang disertai tiada dalam UTM)
  • Penyertaan dalam sukan pada tahun 2017
  • Setiap acara sukan dan pencapaian MESTILAH disertakan dengan bahan bukti (contoh: Sijil, surat dll ) pada tahun 2017
  • Olahragawan dan Olahragawati Pejabat Pendaftar 2016 bagi MAPG 2017 tidak boleh dinobatkan sebagai pemenang anugerah. Walau bagaimanapun, boleh dicalonkan dan layak menerima anugerah penghargaan.
  • Pencalonan boleh dilaksanakan dengan kaedah :
    1. Pencalonan sendiri
    2. Pencalonan oleh jabatan
    3. Pencalonan oleh rakan
    4. Pencalonan oleh pihak-pihak tertentu


KRITERIA PENILAIAN

Penilaian/permarkahan adalah berdasarkan pencapaian individu dalam acara sukan bagi tahun 2017;

  • Penyertaan Peringkat Pejabat Pendaftar
  • Pencapaian Peringkat UTM
  • Pencapaian Peringkat Negeri/Zon
  • Pencapaian Peringkat Institut Pengajian Tinggi
  • Pencapaian Peringkat Kebangsaan
  • Pencapaian Peringkat Antarabangsa


KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Individu (Olahragawan)
    • 1 Pemenang
      • Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan
    • 2 Penghargaan
        • Wang Tunai RM50.00 & Sijil Penghargaan
  • Individu (Olahragawati)
    • 1 Pemenang
      • Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan
    • 2 Penghargaan
      • Wang Tunai RM50.00 & Sijil Penghargaan

PENCALONAN / PENYERTAAN

Borang pencalonan boleh dimuat turun daripada pautan di atas.

Tarikh tutup pencalonan adalah selewat-lewatnya pada atau sebelum pukul 12.00 tengahari, Khamis, 4 Oktober 2018

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah Sukan Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Organisasi
Pejabat Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u.p  : Encik Madradzi bin Muhamad)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:

Encik Madradzi bin Muhamad – samb. 31154
Encik Mohammad Firdaus bin Wahyuddin – samb. 30080