Anugerah Persekitaran Berkualiti (5S)

PENGENALAN

Anugerah 5S merupakan anugerah yang diberi kepada bahagian di dalam Pejabat Pendaftar. Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada bahagian yang telah berusaha membudayakan 5S secara berterusan dan menjadikan amalan 5S sebagai faktor dalam meningkatkan kualiti dan urus tadbir yang baik dan cemerlang.

PENCALONAN / PENYERTAAN

Setiap bahagian dalam Pejabat Pendaftar adalah wajib menyertai penilaian anugerah ini.

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan suasana persekitaran yang bersesuaian dan selesa untuk bekerja.
  2. Memberi pengiktirafan kepada bahagian yang mempunyai prestasi cemerlang dan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan melalui pembudayaan amalan 5S.
  3. Memupuk kesepakatan dan semangat berpasukan/ kekitaan (esprit de corps)
  4. Menggalakkan persaingan sihat ke arah penambahbaikan yang berterusan dalam amalan pengurusan kualiti.

KRITERIA PENILAIAN

  1. Penilaian adalah berdasarkan pencapaian bahagian dalam penilaian Audit Silang 5S Pejabat Pendaftar bagi tahun  2016.
  2. Pengiraan pemarkahan adalah secara purata daripada keseluruhan jumlah markah audit silang yang diadakan pada tahun yang dinilai bagi memastikan pengiraan markah adalah secara menyeluruh.
  3. Anugerah ini dinilai oleh panel auditor dalaman yang dilantik untuk Audit Silang 5S dan keputusan anugerah akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk 5S Pejabat Pendaftar dan diperakukan oleh Pendaftar.

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Bahagian
    • Pemenang
      Wang Tunai RM300.00 & Sijil Penghargaan
    • Penghargaan (2 Bahagian)

Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan

 KETERANGAN LANJUT

Urus Setia Anugerah Persekitaran Berkualiti (5S) Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Organisasi
Pejabat Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u/p: Encik Amir Hamzah bin Jamil)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:

Encik Amir Hamzah bin Jamil – samb. 30401
Puan Raudah binti Md. Auzair – samb. 31213