Anugerah Penerbitan

KRITERIA ANUGERAH PENERBITAN

<<BORANG ANUGERAH PENERBITAN 2016>>

<<Garis Panduan Anugerah Penerbitan>>

TUJUAN

  • Garis Panduan ini disediakan sebagai panduan kepada staf/bahagian Pejabat Pendaftar UTM untuk menyertai Anugerah Penerbitan Pejabat Pendaftar (APP). Panduan ini menggariskan tatacara penyertaan, format laporan dan kriteria penilaian.

PENGENALAN

  • Anugerah APP secara umumnya mempunyai objektif sebagaimana berikut :-
    • Memperkasa budaya ilmu kerja di setiap Bahagian amnya dan Pejabat Pendaftar khususnya;
    • Menggalak persaingan sihat antara staf/bahagian untuk kecemerlangan;
    • Memberi pengiktirafan secara formal kepada staf/bahagian yang menunjukkan inisiatif dan pencapaian cemerlang dalam aspek penulisan dan penerbitan.

TATACARA PENYERTAAN

  • Cara Penyertaan
    Setiap staf/bahagian adalah dipelawa untuk menyertai APP dengan mengemukakan kepada Urusetia :-
  • Borang Penyertaan APP – Lampiran A (APP MAPG 2017) yang telah dilengkapkan (ditaip).
  • Setiap pencalonan mestilah mengikut format Borang Pencalonan yang dikeluarkan oleh Urusetia :-
    • Bagi setiap elemen yang diliputi calon dikehendaki mengemukakan bahan bukti dengan lengkap. (tahun yang dinilai mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016).
    • Bahan bukti yang dikemukakan hendaklah disusun secara sistematik menggunakan nombor mengikut urutan elemen dan kumpulan.
    • Setiap pencalonan hendaklah diperakukan oleh Ketua Bahagian.
    • Pencalonan hendaklah sampai kepada Urusetia selewat-lewatnya pada atau sebelum pukul 12.00 tengahari, 30 Ogos 2017.
    • Pencalonan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan akan ditolak.

KRITERIA PENYERTAAN DAN PENILAIAN ANUGERAH PENERBITAN

Kriteria penilaian APP dikategorikan dalam kumpulan berikut:

  • Penulisan Buku Karya Asli
    • Karya yang dihasilkan (bahasa Melayu atau bahasa asing) oleh staf/bahagian secara individu atau bersama penulis lain yang diguna sebagai bahan rujukan oleh pihak Universiti atau pihak luar. Bahan bukti penyertaan kemukakan salinan kulit depan buku, halaman kandungan dan halaman hak cipta. Salinan paparan laman web halaman muka depan sekiranya terbitan tersebut diterbitkan secara elektronik.
  • Penulisan Artikel
    • Jurnal (hasil penulisan yang diterbitkan secara berkala).
    • Majalah (hasil penulisan yang diterbitkan secara berkala).
    • Buletin (hasil penulisan yang diterbitkan secara berkala).
    • Bahan bukti penyertaan : kemukakan naskah jurnal, majalah dan buletin, salinan kulit bahagian depan. Salinan paparan laman web halaman muka depan sekiranya terbitan tersebut diterbitkan secara elektronik.
  • Penulisan/Pembentangan Kertas Kerja
    • Kertas kerja yang dibentangkan di dalam seminar/bengkel/kursus/program sama ada di peringkat antarabangsa/kebangsaan/UTM dan dihasilkan secara individu oleh staf/bahagian atau bersama dengan penulis lain. Bahan bukti penyertaan kertas kerja lengkap, surat menghadiri seminar/bengkel dan buku aturcara).
  • Lain Penerbitan
    • Penerbitan kepakaran Bahagian (Dasar/panduan/polisi/peraturan). Penyertaan sebarang dasar/polisi/panduan/peraturan yang dikeluarkan oleh bahagian untuk melaksanakan tadbir urus dan bertujuan meningkatkan sistem penyampaian universiti dan kepuasan pelanggan.  Bahan bukti penyertaan kertas kerja lengkap, surat menghadiri seminar/bengkel dan buku aturcara). Tidak termasuk dasar/panduan/polisi/peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau dibuat pengubahsuaian yang didokumenkan menjadi satu dasar/panduan/polisi/ peraturan peringkat Universiti.
    • Teks ucapan yang disumbangkan di peringkat Universiti. Bahan bukti teks ucapan dan majlis atau program yang berkenaan.
  • Penerbitan berbentuk dissertation dan tesis tidak diambilkira kecuali sekiranya ia telah diubah ke dalam bentuk kertas kerja.

PROSES PENILAIAN

  • Proses Penilaian dibuat melalui kaedah penilaian oleh Panel Penilai yang dilantik oleh Pengerusi, JK APP dengan persetujuan Jawatankuasa Eksekutif Pejabat Pendaftar.
  • Panel Penilai bertanggungjawab:
    • Menyemak dan menyenarai pendek permohonan.
    • Menilai dokumen dan bahan bukti penyertaan.
    • Membuat cadangan pemenang APP kepada Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pejabat Pendaftar.

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Terbahagi kepada dua kategori iaitu:
    • Individu
      • Pemenang
        Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan
      • Penghargaan (2 Hadiah)
        Wang Tunai RM50.00 & Sijil Penghargaan
    • Kumpulan
      • Pemenang
        Wang Tunai RM300.00 & Sijil Penyertaan
      • Penghargaan (2 Kumpulan)
        Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penyertaan

KETERANGAN LANJUT

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah Penerbitan Pejabat Pendaftar 2017
Bahagian Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u/p: Cik Maimunah binti Salleh)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:

Cik Maimunah binti Salleh – samb. 30773
Encik Syahran bin Shahbudin – samb. 31188