KRITERIA ANUGERAH KHIDMAT MASYARAKAT
>> Borang Pencalonan Anugerah Khidmat Masyarakat 2016 <<
OBJEKTIF
- Memberi pengiktirafan kepada staf yang telah memberi sumbangan jasa bakti kepada masyarakat;
- Memberi galakkan kepada staf untuk terus berkhidmat bukan sahaja di dalam UTM tetapi juga kepada masyarakat;
- Memberi motivasi dan sebagai contoh ikutan kepada staf Pejabat Pendaftar yang lain.
SYARAT PENYERTAAN
- Terbuka kepada semua staf Pejabat Pendaftar.
- Pencalonan.
i. Staf boleh mencalonkan diri sendiri dan staf lain.
ii. Tahun penilaian 2016
KRITERIA PEMILIHAN CALON
Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek berikut :
- Jumlah dan jenis khidmat masyarakat (khidmat kepada masyarakat dalam dan luar organisasi) pada tahun penilaian.
- Usaha yang dijalankan untuk penglibatan.
- Impak positif penglibatan kepada masyarakat dan organisasi.
- Sumbangan ilmu/kepakaran kepada masyarakat dalam dan luar organisasi.
- Keistimewaan dan kelebihan khidmat yang diberikan.
- Sumbangan khidmat masyarakat kepada Pejabat Pendaftar akan diberi keutamaan
Tarikh tutup pencalonan adalah selewat-lewatnya pada atau sebelum pukul 12.00 tengahari, 30 Ogos 2017
HADIAH
Pemenang (1 Individu)
– Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan
Penghargaan (2 Individu)
– Wang Tunai RM50.00 & Sijil Penghargaan
Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :
Urus Setia Anugerah Khidmat Masyarakat 2017
Bahagian Sumber Manusia (Pembangunan)
Pejabat Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u/p: Puan Hanifah binti Ahmad)
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:
Puan Hanifah binti Ahmad – samb. 30409/30416
Encik Mohamad Radzi bin Abdul Razak– samb. 37696