+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Anugerah Inovasi

ANUGERAH INOVASI (KUMPULAN)

PEMENANG (Wang Tunai RM300.00 & Sijil)
“Mobile Security”
Mobile Security adalah sebuah balai bergerak Bahagian Keselamatan bertujuan memberikan perkhidmatan efisyen kepada pelanggan bagi memaksimakan tugasan dengan pelanggan di lokasi berhampiran. Ianya juga membolehkan Bahagian Keselamatan memberi perkhidmatan di lokasi jauh daripada Pejabat Bahagian Keselamatan seperti di kolej pelajar sekaligus memberi manfaat kepada masa pelanggan.
(Abd. Rahim bin Abd. Karim (Ketua), Amirudin bin Rahman, Md. Rashid bin Musa, Mohd Faizal bin Abd. Latif)
Bahagian Keselamatan

PENGHARGAAN (Wang Tunai RM100.00 & Sijil)

“Pembangunan Sistem Pelaksanaan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan”
Sistem ROC Rasionalisasi Skim Perkhidmatan ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pengurusan sumber manusia di dalam pelaksanaan arahan penambahbaikan 252 skim perkhidmatan melalui Rasionalisasi Skim Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1/2016 bagi memastikan keseluruhan staf UTM menerima jawatan dan gaji yang tepat dan skim perkhidmatan terkini.
(Azri bin Hohad (Ketua), Mohd Azahari Bin Ayob, Hariyani binti Khalid, Fadzliani binti Nordin, Pauziah binti Salleh, Suzziana binti Johari, Abd Rahman bin Hamzah, Abdul Mun’im bin Amran, Azilawati binti Arbaai, Aruslin binti Abdullah)
Bahagian Sumber Manusia

“Pembangunan Sistem Bayaran Bonus Tahunan”
Sistem bayaran bonus tahunan ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan pengurusan sumber manusia di dalam pelaksanaan arahan pembayaran bonus yang dikeluarkan oleh kerajaan/universiti dengan tepat, cepat dan sempurna.
(Azri Bin Hohad (Ketua), Mohd Azahari Bin Ayob, Fadzliani binti Nordin, Pauziah binti Salleh, Suzziana bt Johari, Abd Rahman bin Hamzah, Rusnizah binti Hamdi)
Bahagian Sumber Manusia

 

ANUGERAH INOVASI (INDIVIDU)

PENGHARGAAN (Wang Tunai RM50.00 & Sijil)
Noerwati binti Dolhaji
“Buku Panduan Persaraan”
Bahagian Pengurusan Organisasi