+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my
Select Page

Majlis Anugerah Permata Gemilang 2023

Majlis Penghargaan Jabatan Pendaftar yang juga dikenali sebagai Majlis Anugerah Permata Gemilang (MAPG) merupakan aktiviti tahunan bermula sejak tahun 2011 bertujuan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada staf yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam tugas atau bidang masing-masing serta menyumbang kepada kecemerlangan Jabatan Pendaftar.

ANUGERAH DIPERTANDINGKAN

Anugerah Kecemerlangan Staf

Anugerah yang diberikan kepada seseorang staf bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

Urusetia: Encik Syahran bin Shahbudin

Anugerah Sukan (Olahragawan / Olahrgawati)

Anugerah yang diberi bagi menghargai dan mengiktiraf penglibatan sesorang staf ( individu ) yang telah mengharumkan nama Pejabat Pendaftar dalam bidang sukan mewakili Pejabat Pendaftar di peringkat Universiti, peringkat IPTA, peringkat negeri, peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

Urusetia: Encik Khairul Zaman bin Mohd Radzi

Anugerah Khidmat Masyarakat (Individu / Berkumpulan)

Memberi pengiktirafan kepada staf yang telah memberi sumbangan jasa bakti kepada masyarakat serta galakkan kepada staf untuk terus berkhidmat bukan sahaja di dalam UTM tetapi juga kepada masyarakat

Urusetia: Puan Norlia binti Isnin

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif (Berkumpulan)

Anugerah yang diberi kepada sekumpulan staf bagi menghargai dan mengikitiraf penglibatan Kumpulan tersebut dalam usaha untuk menambahbaik proses kerja dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berkesan sekaligus mengharumkan nama Pejabat Pendaftar di peringkat Universiti, negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

Urusetia: Pn Shiraz Yasmin binti Muhidin

Anugerah Penerbitan (Individu / Berkumpulan)

Pengiktirafan kepada Individu atau kumpulan yang mempunyai karya ilmiah yang diterbitkan dalam pelbagai jenis penerbitan yang berimpak tinggi dan memberi sumbangan kepada bidang ilmu.

Urusetia: Encik Mohammad Hasyiq bin Hamdan

Anugerah Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan (Bahagian)

Anugerah yang diberikan kepada bahagian di Pejabat Pendaftar yang mengamalkan aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Urusetia: Puan Suzila binti Mat Yassin

Anugerah Inovasi (Produk / Proses Kerja)

Pengiktirafan yang diberikan oleh Jabatan Pendaftar kepada staf yang menyumbangkan idea inovasi kepada Jabatan untuk menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Urusetia: Puan Najwa binti Mohamed

Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti (Bahagian)

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada bahagian yang telah berusaha membudayakan 5S secara berterusan dan menjadikan amalan 5S sebagai faktor dalam meningkatkan kualiti dan urus tadbir yang baik dan cemerlang.

Urusetia: Puan Saidatul Akmal bin Abdul Hamid

Anugerah ISES (Kumpulan PPP / Sokongan)

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada staf Jabatan Pendaftar yang memperkasakan nilai utama UTM yang menjadikan ia budaya, cara hidup serta amalan dalam kehidupan dan pekerjaan mereka.

Urusetia: Puan Nurnasuha binti Alwi

Borang Penyertaan

Penyertaan bagi anugerah-anugerah yang dipertandingkan adalah berdasarkan pencapaian tahun 2022 dan terbuka kepada semua Bahagian.

Muat Turun Borang Penyertaan

Anugerah Sukan

Anugerah Khidmat Masyarakat

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Anugerah Penerbitan

Anugerah Inovasi

Anugerah ISES

Penyertaan Wajib Mengikut Bahagian

N

Anugerah Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan

N

Anugerah Amalan Persekitaran Berkualiti

Persembahan Bahagian

Penyertaan terbuka kepada semua bahagian di bawah Jabatan Pendaftar

  • Bentuk persembahan
  • Nyanyian/ Boria/ Dikir barat
  • LakonanPuisi/ Sajak/ Syair
  • Tarian
  • Voice Over
  • Lain-lain mengikut kreativiti masing-masing

 

Masa persembahan 7 minit (2 minit persediaan, 5 minit persembahan)

  • Kriteria penilaian
  • Kerjasama
  • Gaya persembahan
  • Penampilan
  • Kreativiti

Tarikh tutup penyertaan pada 15 Oktober 2023.  Wakil bahagian diminta untuk mengemukakan penyertaan melalui pautan berikut:-