Urusan Parcel/Kad Matrik

KAUNTER KAD MATRIK

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai pada 9 Januari 2017 (Isnin), waktu operasi bagi Studio Kad Matrik Pejabat Pendaftar UTMKL adalah seperti berikut:

Hari    :      Selasa dan Khamis (kecuali cuti umum)

Masa  :      8.30 pagi hingga 4.30 petang (rehat : 1.00 ptg – 2.00 ptg)

Waktu operasi ini adalah untuk urusan pengambilan kad matrik yang telah siap, mengambil gambar, mengemukakan permohonan baharu secara manual, dan juga urusan-urusan lain yang berkaitan dengan kad matrik.

Namun demikian, seluruh warga UTM masih lagi boleh mengemukakan permohonan kad matrik pada bila-bila masa menerusi emel kepada smartcard.kl@utm.my sebagaimana sebelum ini.


KAUNTER PENGAMBILAN DOKUMEN/BARANGAN PERIBADI

Sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007, keutamaan dan tanggungjawab Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur (PPUTMKL) adalah menguruskan perkhidmatan mel sama ada berbentuk dokumen atau barangan rasmi sahaja.

As stipulated in the Circular of Government Service No. 5, 2007 it is the priority and the responsibility of the UTMKL Registrar Office (PPUTMKL) only in receiving and managing the official mails whether they are in the form of document or parcel.

Namun kebelakangan ini PPUTMKL telah menerima pelbagai dokumen/barangan peribadi milik warga UTMKL. Jumlah dokumen/barangan peribadi yang saban hari semakin bertambah telah memberi kesan langsung terhadap prestasi perkhidmatan mel PPUTMKL. Justeru mulai 9 Januari 2017 (Isnin), waktu pengambilan dokumen/barangan peribadi di kaunter PPUTMKL adalah seperti berikut:

However recently, PPUTMKL has been receiving and managing an increasing number of personal mails and parcels of UTMKL staff/student. This development indirectly has affected the performance of our mailing service. Hence, beginning on the 9th January 2017 (Monday), the picking up time for the personal mail/parcel at our counter is stated in the following schedule:

ISNIN & RABU (MONDAY & WEDNESDAY)

8.30 am – 1.00 pm
2.00 pm – 4.30 pm

JUMAAT (FRIDAY)

8.30 am – 12.00 noon

2.45 pm – 4.30 pm

Oleh hal yang demikian, seluruh warga kampus UTMKL dinasihatkan untuk memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut:

Therefore, all staff and student are highly advised to take note on the following matters:

  1. Pihak PPUTMKL tidak akan menghubungi penerima dokumen/barangan peribadi untuk pemberitahuan, namun semakan boleh dibuat menerusi talian 03-2615 4913;
    PPUTMKL will not contact the recipient of the mail/parcel but the recipient can always check the arrival of his/her mail by calling our counter via 03-2615 4913;
  2. Dokumen/barangan peribadi yang tidak dituntut selepas lima (5) hari bekerja dari tarikh penerimaan di kaunter PPUTMKL akan dikembalikan kepada pihak pembekal perkhidmatan;
    If the mail/parcel is not claimed after 5 working days of its receiving date at the counter, it will be returned to the services provider; 
  3. Penerima wajib mengemukakan tracking number semasa menuntut dokumen/barangan peribadi masing-masing; dan
    It is compulsory for the recipient to present the tracking number when claiming his/her mail/parcel at the counter. and
  4. Pihak PPUTMKL tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kerosakan atau kehilangan dokumen/barangan peribadi.
    PPUTMKL shall not be put responsible for any damage or lost of any personal mail/parcel.