Keselamatan

Unit Keselamatan adalah unit yang ditempatkan dalam pengurusan Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur. Unit ini memainkan peranan penting dalam urusan berkaitan keselamatan dan persekitaran universiti dalam pelbagai aspek. Antara fungsi dan aktiviti unit ini ialah:-

FUNGSI UTAMA

1. Pentadbiran Keselamatan – menguruskan perkara berkaitan dengan sumber manusia, kursus, perolehan, kewangan, kerja lebih masa, pas kontrak, kebajikan, kunci pendua, rekod, peralatan/kelengkapan anggota dan tadbiran am.

2. Kawalan dan Operasi – kawalan pintu masuk, rondan keselamatan, operasi berkala, keselamatan ruang, kunci utama, kad akses, latihan, pencegahan jenayah, pencehagan kebakaran, ketenteraman awam,  dan pas masuk harian.

3. Lalulintas – pengurusan pelekat kenderaan, penguatkuasaan peraturan lalulintas, kawalan tempat letak kereta, penyedian papantanda dan kawalan aliran trafik.

4. Siasatan – penyiasatan kes, risikan, pemeriksaan air kencing/alcohol, cctv, operasi pas pekerja kontrak dan penyediaan laporan kes.

5. Pengurusan Bencana – ERT (Emergency Respon Team) dan latihan kebombaan,