Pengurusan Modal Insan (Perjawatan)

Unit Perjawatan adalah unit yang baru ditubuhkan di dalam Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur. Unit ini ditubuhkan bagi mengambil alih sebahagian tugas daripada UTM Johor Bahru bagi mengendalikan staf di UTM Kuala Lumpur, antara fungsi dan aktiviti unit ini ialah:-

FUNGSI

1. Pengurusan Pengambilan dan Perlantikan Staf (Tetap dan Kontrak) Kumpulan Pelaksana B, C dan D.

2. Pengurusan Pembaharuan Kontrak, Perletakan Jawatan dan Penamatan Perkhidmatan bagi staf pelaksana kontrak.

3. Pengurusan Imigresen Staf Akademik Bukan Warganegara bagi UTM Kuala Lumpur.

4. Bajet dan Perangkaan Perjawatan UTM Kuala Lumpur.