POSB

PROGRAM ORIENTASI STAF BARU (POSB) diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada staf baru tentang tanggungjawab asas sebagai Penjawat Awam di UTM. POSB juga  memastikan bahawa setiap staf baru memahami syarat-syarat pengesahan jawatan serta memberi pemahaman terhadap kelayakan dan pengambilan cuti rehat dan cuti-cuti dalam perkhidmatan. Dengan itu juga mempastikan agar setiap staf baru mengetahui kemudahan Perubatan yang dibiayai oleh UTM. Keselamatan di dalam UTM juga diberi pendedahan kepada staf baru.

Maklumat-maklumat yang disampaikan adalah seperti berikut:

  1. Taklimat daripada Unit Pentadbiran
  2. Taklimat daripada Unit Sumber Manusia
  3. Taklimat daripada Unit Keselamatan