Pengurusan Kualiti

Pengenalan

Pengurusan Kualiti, Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur merupakan sub-unit di bawah Unit Pentadbiran yang memainkan peranan penting dalam usaha merancang dan melaksanakan program-program kualiti di peringkat Pejabat Pendaftar UTM Kuala Lumpur (PP UTMKL). Pengurusan Kualiti ini diketuai oleh seorang Penolong Pendaftar yang melapor secara terus kepada Penolong Pendaftar Kanan (Pentadbiran).

Fungsi

  1. Merancang dan melaksanakan aktiviti kualiti PP UTMKL seperti:
    • MS ISO 9001:2008
    • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
    • Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S
    • Pelestarian Kampus
    • Laporan Anugerah Kualiti Perkhidmatan PP UTMKL
    • Anugerah Kualiti Staf Dalaman PP UTMKL
    • Jawatankuasa Pengurusan Arkib PP UTMKL
  1. Mentadbir perjalanan sistem pengurusan fail dan rekod
  1. Memantau dan meyelenggara laporan Employee Satisfaction Index (ESI) PP UTMKL
  1. Menjadi urusetia program universiti iaitu:
    • Sambutan Hari Kebangsaan peringkat UTMKL
    • Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat UTMKL
    • Hari Keluarga UTMKL
  1. Fungsi-fungsi lain yang diarah dari masa ke semasa.