Intro Pej. Pendaftar

Pejabat Pendaftar berperanan sebagai pusat pentadbiran utama di UTM Kuala Lumpur, Jalan Semarak. Bahagian ini terdiri daripada Unit Pengurusan Modal Insan, Unit Pentadbiran dan Unit Keselamatan.

Antara aktiviti utama Pejabat Pendaftar adalah menguruskan perkhidmatan personal staf kampus Kuala Lumpur melibatkan perubahan gaji/elaun/bonus, urusan persaraan, urusan program pembangunan staf, skim kemudahan perubatan, perkhidmatan pos dan despatch, hal-hal kebajikan staf serta pengurusan keselamatan dan ketenteraman kampus.

 Perjawatan

Unit Perjawatan memainkan peranan penting dalam urusan perlantikan dan pengambilan staf sokongan (Tetap/Kontrak),pengiklanan jawatan kosong kumpulan B, C dan D di UTM KL. Perjawatan Pejabat Pendaftar juga terlibat dalam pengurusan Staf Kontrak Akademik/Bukan Akademik di mana berkaitan dengan penyambungan Kontrak Staf/peletakan jawatan/penamatan perkhidmatan, dan  urusan Imigresen Staf Akademik Bukan Warganegara.

Pengurusan Modal Insan

Unit Pengurusan Modal Insan memainkan peranan penting dalam urusan berkaitan perkhidmatan personal staf meliputi keperluan jawatan, pengesahan perkhidmatan, SKT, Penilaian Prestasi Staf, Rekod Perkhidmatan, tatatertib, cuti, persaraan/peletakan jawatan, penyediaan perubahan gaji/elaun/bonus, perlantikan kontrak (diuruskan Perjawatan) penyambungan perkhidmatan lepas dan urusan bayaran faedah Gantian Cuti Rehat/ganjaran kontrak.

Pengurusan Kursus/Bengkel

Pejabat ini juga menguruskan kursus/bengkel untuk staf. Pengurusan pembangunan kerjaya dan latihan kemahiran staf juga dititikberatkan dengan menyediakan kursus yang sesuai mengikut keperluan Jabatan.

Pengurusan Kebajikan Staf

Walaupun tumpuan terhadap aktiviti-aktiviti rasmi ditekankan, kebajikan staf tidak diabaikan. Pejabat Pendaftar membantu seberapa mungkin menguruskan hal ehwal kebajikan staf dengan menyediakan kemudahan rawatan kesihatan di klinik-klinik panel yang dilantik dan Pusat Kesihatan Universiti.

Pengurusan Keselamatan Kampus

Keselamatan, ketenteraman dan keharmonian kampus amat penting berada di tahap yang maksima bagi membolehkan aktiviti dalam kampus berjalan lancar. Sehubungan dengan itu strategi-strategi mengawal dan membenteras kes-kes jenayah, menguruskan hal-hal kebombaan dan membantu Universiti dalam menguatkuasakan arahan keselamatan/peraturan keselamatan sentiasa diberi perhatian utama.

Walaupun kampus UTMKL mempunyai keluasan yang terhad tetapi kedudukannya yang terletak di tengah-tengah kotaraya menyebabkan pengurusan aspek keselamatan berkeadaan lebih rencam. Kes-kes yang melibatkan kesalahan tatalaku mahasiswa juga diuruskan Unit Keselamatan.