From the Head of Department

Assalamualaikum wth. wbh dan Salam 1 Malaysia,

Selamat Datang diucapkan kepada pengunjung laman web rasmi Pejabat Pendaftar UTM KL. Saya amat berbesar hati akhirnya laman web kami dapat menemui anda dengan penampilan yang lebih menarik. Di pihak kami usaha-usaha sedang dilaksanakan bagi meningkatkan penyaluran maklumat berkaitan dengan peranan pejabat ini dan berita-berita semasa untuk manfaat bersama.

Pejabat Pendaftar sentiasa berusaha untuk memenuhi kepuasan pelanggan yang berurusan dengan kami.  Bagi tujuan tersebut dari semasa ke semasa pejabat ini akan mengadakan kajian kepuasan pelanggan secara on line maupun manual bagi mendapatkan maklumbalas untuk digunakan sebagai asas dalam menambahbaik perkhidmatan kami.  Disamping itu bagi memastikan perkhidmatan yang diberi mematuhi piawaian yang ditetapkan, aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti giat dilaksanakan. Dimulai dengan persijilan Amalan 5S sejak 2010 dan baru-baru ini Pejabat Pendaftar telah berjaya memperolehi persijilan MS ISO 9001:2008 bagi perkhidmatan Pengurusan Modal Insan, Keselamatan dan Pentadbiran Pejabat Pendaftar.

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan, komen dan pendapat untuk memperbaiki  mutu penyebaran maklumat dan fungsi  laman web kami sebagai  salah satu medium penyampaian maklumat  yang berkesan.

Sekian,

Ketua Bahagian,
Pejabat Pendaftar,
UTM Kuala Lumpur