Perkhidmatan Sebagai Staf UTM

Pelantikan

1.

Setiap staf adalah dilantik secara tetap, sementara atau kontrak setelah memenuhi syarat-syarat lantikan dalam skim perkhidmatan sesuatu jawatan yang sedang berkuatkuasa.

i.

Semua pekeliling di bawah Sistem Saraan Malaysia

ii.

Peraturan-peraturan pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat
Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

iii.

Pekeliling-Pekeliling JPA dari semasa ke semasa.

2.

Staf mestilah cukup sihat. Staf akan diterima menjawat jawatan yang
ditawarkan tertakluk kepada keputusan pemeriksaan doktor yang memberi perakuan atas kesihatan staf.

3.

Staf pada setiap masa adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971, Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605), Statut, Akta, Peraturan, Pekeliling dan lain-lain peraturan yang berkuatkuasa di Universiti Teknologi Malaysia.

4.

5.

Staf mestilah bebas dari sebarang ikatan perjanjian mengenai biasiswa atau sebagainya dengan pihak yang lain daripada Universiti ini dan sekiranya ada perkara yang berbangkit mengenainya staf hendaklah menguruskannya dengan tidak melibatkan Universiti Teknologi Malaysia.Sepanjang perkhidmatan dengan Universiti Teknologi Malaysia, staf dikehendaki menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab yang ditetapkan dari masa ke semasa serta boleh diarahkan bertugas di mana-mana bahagian dan fakulti di Universiti ini

6.

Staf diwajibkan bersara apabila mencapai umur 60 tahun.
Tempoh Percubaan

1.

Staf yang ditawarkan jawatan tetap adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama satu hingga tiga (1-3) tahun.

2.

Sebelum staf dipertimbangkan untuk disahkan dalam perkhidmatan staf adalah dikehendaki :

i.

Memenuhi tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun;

ii.

Hadir dengan jayanya Kursus Induksi;

iii.

Lulus peperiksaan yang disyaratkan seperti yang ditetapkan skim perkhidmatan;

iv.

v.

Lulus Sijil Pengajaran dan Pembelajaran (Staf Akademik);Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

3.

Sebelum dipertimbangkan untuk disahkan dalam perkhidmatan, staf dikehendaki membuat opsyen sama ada memilih skim pencen atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Opsyen tersebut adalah tertakluk kepada peraturan berikut :

i.

ii.

Staf hanya layak membuat opsyen berkenaan jika telah dilantik buat pertama kalinya ke dalam perkhidmatan Universiti Teknologi Malaysia pada atau selepas 12 April 1991.Sekiranya telah dilantik ke perkhidmatan Sektor Awam buat pertama kalinya pada atau selepas 12 April 1991 dan telah membuat opsyen, dan kemudiannya di lantik ke perkhidmatan Universiti Teknologi Malaysia, opsyen yang telah dibuat akan dikekalkan. Opsyen tersebut adalah muktamad.

iii.

Sekiranya telah diberikan taraf pekerja berpencen dan kemudian dilantik ke perkhidmatan di Universiti Teknologi Malaysia, staf tidak layak diberi opsyen tersebut.

iv.

Staf juga adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang berkaitan dengan opsyen tersebut yang akan ditetapkan dari masa ke semasa.

Pages: 1 2