Pengisytiharan Harta

Pemilikan Harta Yang Dilarang

1.

Pegawai tidak dibenarkan memiliki lesen kenderaan perniagaan; kenderaan perkhidmatan awam; perniagaan hiburan; atau memohon dan memiliki tanah Kerajaan untuk tujuan pembalakan dan perlombongan.

2.

Larangan ini ditujukan khusus kepada pegawai itu sendiri dan tidak termasuk ahli keluarga mereka. Pegawai yang telah sedia memiliki jenis harta yang dinyatakan ini secara pusaka hendaklah melaporkan perkara itu kepada Ketua Jabatan.
Tatacara Pemilikan Harta

1.

Pegawai yang belum pernah mengisytiharkan harta (Pegawai yang baru dilantik) hendaklah mengisytiharkan harta kepada Ketua Jabatan dengan menggunakan borang JPA(T)1/03-Lampiran A.

2.

Pegawai yang pernah mengisytiharkan harta tetapi tempohnya telah melebihi lima tahun hendaklah membuat perisytiharan harta yang baru seperti berikut:

JENIS BORANG

KEGUNAAN

LAMPIRAN ‘A’ – Pekeliling Bil.3 Tahun 2002 Perakuan Tiada Perubahan Ke Atas Pemilikan Harta
LAMPIRAN ‘A’ – JPA(T)1/03 Perisytiharan Harta Kali Pertama dan Tambahan
LAMPIRAN ‘C’ – JPS(T)2/02 Pekeliling Perkhidmatan Bil.3 Tahun 2002 Perisytiharan Pelupusan Harta

3.

Lain-lain borang yang perlu diisi oleh pegawai sekiranya berkaitan adalah seperti berikut:

JENIS BORANG

KEGUNAAN

LAMPIRAN ‘D’ – Pekeliling Bil.3 Tahun 2002 Perisytiharan Syarikat/Perniagaan Persendirian
LAMPIRAN ‘E’ – Pekeliling Bil.3 Tahun 2002 Permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk memohon dan memiliki tanah kerajaan/saham
Kesan Tidak Mengisytiharkan Harta

1.

Boleh diambil tindakan tatatertib (Rujuk Akta 605).

2.

Tidak diluluskan bersara pilihan sehingga pengisytiharan harta diperolehi.

3.

Lantikan secara pinjaman ke agensi luar memerlukan kelulusan pengisytiharan harta.
Nota:

i)

Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002.

ii)

Rujuk surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia JPA(S)TT.7076Jld.9(101) bertarikh 28 November 2003.

iii)

Rujuk surat edaran Audit Negara Malaysia AUDIT(S)IP/147/292/1 Jld.14 (64) bertarikh 22 November 2006.
(Dilawati 2,235 kali, 1 lawatan hari ini)

Pages: 1 2