Pengisytiharan Harta

Pengenalan
Perisytiharan Harta bermaksud perisytiharan harta kali pertama, harta tambahan, pelupusan harta dan termasuk pengakuan tiada perubahan ke atas pemilikan harta.
Di bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan secara bertulis kepada Ketua Jabatan masing-masing segala harta yang dimiliki olehnya atau isteri atau suami atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.
Kewajipan Mengisytiharkan Harta
Semua pegawai dikehendaki mengisytiharkan harta apabila:

1.

Dilantik ke dalam perkhidmatan awam;

2.

Dikehendaki oleh Kerajaan;

3.

Memperolehi harta tambahan; dan

4.

Melupuskan harta.
Tempoh Perisytiharan Harta
Semua pegawai dikehendaki membuat perisytiharan harta sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima (5) tahun.
Sekiranya dalam tempoh tersebut tiada sebarang perubahan ke atas harta, pegawai perlu mengisytiharkannya melalui Borang Pengakuan Tiada Perubahan ke Atas Pemilikan Harta.
Jenis-jenis Pemilikan Harta

1.

Harta tak alih:

i.

Tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara;

ii.

Segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium;

iii.

Bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung;

2.

Harta alih:

i.

Apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan;

ii.

Syer, saham, dibentur, bon atau sekuriti lain;

iii.

Apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial;

iv.

Apa-apa harta alih yang lain, termasuklah segala jenis kenderaan motor, barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000.00 mengikut mana yang lebih rendah.
(Dilawati 2,432 kali, 2 lawatan hari ini)

Pages: 1 2