Perbezaan Pencen Dan KWSP

1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Staf Kerajaan / Universiti Teknologi Malaysia diberi jaminan tamat perkhidmatan yang baik samada memilih skim pencen atau skim KWSP. Pemilih skim pencen kebajikan mereka dan keluarga dijamin oleh Akta Pencen 239 hingga selepas bersara dalam bentuk pencen bulanan dan perubatan.
1.2 Pemilih Skim KWSP atau yang tidak berpeluang memilih skim pencen mereka juga tidak diabaikan iaitu dengan memotong 11% dari gaji bulanan staf dan majikan menambah 12% sebagai caruman tetap bulanan. Semua caruman bersama kadar faedah tahunan akan dinikmati oleh pencarum apabila tiba masanya.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberi maklumat kepada staf UTM mengenai skim tamat perkhidmatan yang ada.
2.2 Panduan kepada staf tetap untuk membuat pilihan samada Skim Pencen/Skim KWSP.
2.3 Maklumat tambahan kepada yang ingin tahu mengenai skim-skim di atas.
3.0 RUJUKAN

Bil.

Akta

Tajuk

i. Akta 239 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa dan Tempatan 1980.
ii. Akta A619 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 1985.
iii. Akta A645 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 1986.
iv. Akta A793 Akta Pencen (Pindaan) 1991
v. Akta A824 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Pindaan) 1992.

* JBPP – Jumlah Bulan Perkhidmatan Penuh

 4.0 SKIM PENCEN
Staf tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan, memilih skim pencen dan telah berkhidmat 10 tahun atau lebih memperolehi kemudahan-kemudahan seperti berikut :-
 4.1 Bersara Atas Perkhidmatan
4.1.1 Bersara wajib 55 tahun
Pencen diterima tiap-tiap bulan.
Perkiraan Pencen :
1/600 x Gaji Akhir x JBPP*
              100(dibayar selepas 1 bulan dari tarikh persaraan)
4.1.2 Bersara Pilihan
i. Umur bersara pilihan dan bayaran pencen seperti jadual di bawah :
Lelaki Perempuan
Umur Bersara Pilihan 40 40
Bayaran Pencen 50 45
ii. Pencen diterima tiap-tiap bulan.
Perkiraan Pencen :
1/600 x Gaji Akhir x JBPP*(tetapi tertakluk had maksimum ½ gaji akhir)
iii. Ganjaran dibayar sebaik sahaja diluluskan persaraan pilihan.
Perkiraan Ganjaran :
7.5 x Gaji Akhir x JBPP*
            100
4.1.3 Bersara atas penghapusan jawatan; atau Penyusunan semula organisasi jabatan / badan dan telah berkhidmat minima 36 bulan.
i. Pencen diterima tiap-tiap bulan.
Perkiraan Pencen :
1/500 x Gaji Akhir x JBPP*(tetapi tertakluk had maksimum ½ gaji akhir)
ii. Ganjaran perkhidmatan diterima sekali sahaja.
Perkiraan Pencen :
7.5 x Gaji Akhir x JBPP*
            100


CATATAN :
Faedah 4.1.1 dan 4.1.2(i) di atas hanya boleh dinikmati apabila mencapai umur bersara.  Staf yang berhenti sebelum umur tersebut tidak mendapat apa-apa kecuali wang caruman KWSP yang dibuat sebelum masuk skim pencen.

 

(Dilawati 5,120 kali, 1 lawatan hari ini)

Pages: 1 2 3