Peperiksaan Dalam Perkhidmatan

6.1 PEPERIKSAAN DALAM PERKHIDMATAN    
     
Pelaksanaan Peperiksaan Perkhidmatan Staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah tanggungjawab Jawatankuasa Peperiksaan Perkhidmatan Staf UTM (JPPS).    
     
     
6.2 Keahlian Jawatankuasa Peperiksaan Perkhidmatan Staf    
Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Perkhidmatan Staf UTM adalah seperti berikut:-    
     

Pendaftar Pengerusi  

Ketua Pustakawan Ahli  

Bendahari Ahli  

Timbalan Pendaftar Setiausaha  
  Penolong Pendaftar Urusetia  

 
6.3 Bidang Tugas    
Bidang tugas dan kuasa Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Perkhidmatan Staf UTM adalah seperti berikut:-    

1.

Mengesah dan meluluskan silibus.  

2.

Melantik pengubal-pengubal soalan.  

3.

Menentukan taraf dan mutu soalan.  

4.

Menetap dan mengesahkan soalan-soalan.  

5.

Melantik pemeriksa-pemeriksa.  

6.

Menentukan sistem pembahagian markah dan penetapan markah lulus.  

7.

Menyediakan laporan dan analisa bagi tiap-tiap peperiksaan.  

8.

Memberi khidmat nasihat kepada calon-calon yang menghadapi masalah peperiksaan.  

9.

Menimbangkan permohonan pengecualian menduduki peperiksaan.  
6.4 Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Perkhidmatan Staf
Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Perkhidmatan Staf diadakan bagi tujuan mengkaji, menetap dan mengesahkan soalan-soalan bagi satu-satu peperiksaan. Di samping itu, mesyuarat bersidang bagi mengesahkan apa-apa perkara yang termaktub dalam bidang tugas yang telah ditetapkan.

1.

Peperiksaan Perkhidmatan Staf ini dijalankan 2 kali setahun iaitu pada bulan April dan bulan Ogos tertakluk pada pindaan.

2.

Peperiksaan bagi anjuran agensi luar adalah tertakluk kepada tarikh yang dikeluarkan oleh agensi tersebut.

6.5 Peperiksaan yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia

1.

Peperiksaan Perkhidmatan yang dianjurkan oleh Universiti ini adalah seperti berikut:-
   

a.

Peperiksaan Perkhidmatan Staf

b.

Peperiksaan Bayaran Imbuhan Tetap Kewangan BITK

c.

Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) – tertakluk kepada permintaan.
   

2.

Tujuan Peperiksaan Perkhidmatan staf diadakan adalah:-
   

a.

Memenuhi salah satu syarat bagi pengesahan jawatan bagi skim-skim berkaitan.

b.

Berkelayakan staf menerima elaun (cth: elaun BITK)

c.

Bagi tujuan kenaikan pangkat.
   

3.

Ringkasan sukatan peperiksaan untuk kertas Universiti seperti di LAMPIRAN 1.
(Dilawati 601 kali, 1 lawatan hari ini)

Pages: 1 2