Penilaian Prestasi Staf

3.5 Syarat-syarat Penentuan Pegawai Penilai
Definisi

1.

Pegawai Penilai Pertama (PPP) ialah pegawai atasan atau penyelia yang terdekat kepada PYD dan mempunyai hubungan kerja secara langsung atau yang mengawasi kerjanya; dan

2.

Pegawai Penilai Kedua (PPK) ialah pegawai atasan yang terdekat kepada PPP dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD. Jika hanya terdapat satu peringkat penyeliaan, maka penilaian bolehlah dibuat oleh PPP sahaja.
   

 
Penentuan PPP dan PPK perlu menepati syarat berikut:

1.

Mempunyai hubungan kerja dan penyeliaan secara langsung di antara PYD dan PPP;

2.

Gred PPP hendaklah lebih tinggi daripada gred PYD;

3.

Tiada hubungan kekeluargaan terdekat sama ada melalui pertalian darah atau perkahwinan (suami, isteri, anak, adik-beradik, anak saudara, mertua, menantu, ipar, sepupu atau biras) di antara PYD dengan Pegawai Penilainya;

4.

Tempoh penyeliaan tidak kurang daripada 6 bulan dalam sesuatu tahun penilaian. Sekiranya PYD berkhidmat di dua jabatan yang berlainan dalam tempoh yang sama panjangnya, kedua-dua PPP yang terbabit dikehendaki menyediakan laporan prestasi PYD berkenaan;

5.

PYD yang diselia oleh lebih daripada seorang PPP dalam tempoh masa yang berbeza dan tiada pegawai kanan yang lain layak membuat penilaian, maka PPP yang paling lama tempoh penyeliaannya boleh membuat penilaian tersebut;

6.

Sekiranya tiada PPP yang layak menilai kerana tempoh penyeliaannya kurang dari 6 bulan dalam tahun yang dinilai, maka penilaian hendaklah dibuat oleh pegawai gred lebih tinggi yang terdekat dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD;

7.

Walau apapun peruntukan di perenggan (iv), (v) dan (iv) di atas, tempoh penyeliaan minimum untuk tujuan penilaian prestasi ialah 3 bulan; dan

8.

Sekiranya LNPT tidak disediakan oleh PPP yang telah bersara, meletak jawatan atau tidak dapat dikesan, laporan prestasi PYD hendaklah disediakan oleh PPK.
(Dilawati 1,958 kali, 1 lawatan hari ini)

Pages: 1 2