Penilaian Prestasi Staf

3.1 Pengenalan    
Sistem Pengurusan Prestasi bermaksud suatu sistem merancang, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi anggota dan matlamat organisasi bagi tempoh satu tahun.    
     
     
3.2 Kaedah Penilaian    
     
Universiti Teknologi Malaysia telah membangunkan dua sistem penilaian prestasi staf :    
     

a.

Sistem Penilaian Prestasi Secara Online Staf Akademik (eLPPT).    

b.

Sistem Penilaian Prestasi Secara Online Staf Bukan Akademik (eLNPT).    
     
3.3 Tujuan    
Penilaian Prestasi membolehkan pihak pengurusan mengambil tindakan mengenai pengurusan dan kemajuan kerjaya Pegawai Yang Dinilai (PYD) iaitu:    
     

1.

Menentukan penempatan dan bidang kerjaya sesuai dengan potensi, kebolehan, keistimewaan serta kemajuan pegawai;  

2.

Menentukan kesesuaian dan kelayakan untuk kenaikan pangkat, pemangkuan, peminjaman dan pertukaran sementara;  

3.

Menentukan kelayakan atau kesesuaian untuk pergerakan dan anjakan gaji;  

4.

Menentukan penganugerahan khidmat cemerlang, pingat dan bintang kebesaran serta pemberian surat penghargaan;  

5.

Mengenalpasti dan merancang keperluan latihan; dan  

6.

Memberi kaunseling dengan tujuan memperbaiki dan mempertingkatkan prestasi serta motivasi pegawai.  

   
     
3.4 Prinsip Asas dan Tujuan Utama Sistem Penilaian Prestasi    
Sistem Penilaian Prestasi ini telah digubal berasaskan kepada prinsip-prinsip penilaian seperti berikut:-    

1.

Penilaian hendaklah dilaksanakan secara objektif, adil dan telus;  

2.

Penilaian prestasi hendaklah diasaskan kepada penghasilan kerja dan tingkahlaku yang dipamerkan oleh PYD ke arah pencapaian objektif organisasi yang ditetapkan; dan  

3.

Menggalakkan persaingan positif sesama pegawai untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti  

   
     
Berdasarkan prinsip di atas, sistem ini digubal untuk:    

1.

Membolehkan prestasi kerja dinilai dengan lebih sistematik dan meyakinkan;  

2.

Membolehkan ketua perkhidmatan melaksanakan sistem penilaian prestasi mengikut kesesuaian perkhidmatan tertentu;  

3.

Membolehkan sistem penilaian prestasi digunakan dalam pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia seperti kemajuan kerjaya, penempatan dan latihan; dan  

4.

Meningkatkan penglibatan ketua jabatan dan semua peringkat pegawai penyelia dalam proses penilaian prestasi.  
(Dilawati 2,116 kali, 6 lawatan hari ini)

Pages: 1 2