Notis Perletakan Jawatan

1.0 NOTIS PERLETAKAN JAWATAN
1.1 Bagi staf yang berhasrat untuk meletak jawatan hendaklah mengemukakan notis seperti berikut :-
 
1.1.1 Bagi staf dalam tempoh percubaan, 30 hari sebelum perletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.  
1.1.2 Bagi staf yang telah disahkan dalam jawatan, 90 hari sebelum perletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.

 

1.1.3 Bagi staf yang telah dilantik selain pelantikan tetap, mengikut syarat pelantikan pegawai itu, atau jika tempoh itu tidak diperuntukkan dalam syarat pelantikannya, 30 hari sebelum perletakan jawatan itu berkuatkuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis.
   
2.0 PEMENDEKAN NOTIS PERLETAKAN JAWATAN
2.1 Ketua Jabatan boleh membenarkan tempoh notis perletakan jawatan seseorang staf dipendekkan atas sebab-sebab berikut :-
 
2.1.1 Staf itu menyandang mana-mana 2 jawatan dalam sesuatu pihak berkuasa  tempatan atau agensi lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
2.1.2 Staf atau pasangan atau ibu bapa staf itu menghadapi masaalah kesihatan.
2.1.3 Staf itu menghadiri kursus atau latihan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkenaan.
2.1.4 Apa-apa sebab yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
(Dilawati 1,374 kali, 1 lawatan hari ini)