N17 – Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi (Akademik)

Senarai Tugas

 1.0  Tugas-Tugas Khas

1. Mengemaskini, mengawasi fail-fail pelajar mengikut kursus/program.
Memproses surat akuan pelajar mengikut kursus/program.
i. Memasukkan maklumat pendaftaran, pembetulan, tarik diri, perpindahan kredit matapelajaran mengikut kursus/program ke dalam komputer.
ii. Menyediakan maklumat pelajar tangguh/tarik diri/meninggal dunia/tindakan tatatertib– mengikut kursus/program.
iii. Penyediaan jadual waktu peperiksaan.
iv. Percetakan keputusan peperiksaan.
a) Menampal keputusan peperiksaan mengikut kursus/program.
b) Menyediakan surat keputusan pelajar-pelajar berkedudukan gagal dan kedudukan bersyarat mengikut kursus/program.
c) Memproses surat, borang permohonan penganugerahan dan memasukkan status graduan bagi pelajr-pelajar semester akhir.
d) Membantu dalam urusan persediaan peperiksaan.
e) Memproses rayuan daftar semula pelajar kedudukan gagal diberhentikan dan tukar kursus.
f) Mengemaskini dan menyemak segala pembetulan atau perubahan markah semasa/ selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Fakulti dan Jawatan Kuasa Tetap Senat.
g) Pra-pendaftaran matapelajaran secara online.
h) Menampal notis-notis berkaitan dengan pelajar selain dari kuliah/jadual waktu.
i) Menguruskan penerimaan dan merekodkan Projek Sarjana Muda pelajar tahun akhir
j) Mengemaskini dan menyemak projek serta diasingkan mengikut susunan nama dan gred untuk simpanan Fakulti dan dihantar ke perpustakaan.
k) Mengurus penghantaran projek pelajar ke perpustakaan/pusat sumber.
      1. Membantu mengendalikan pelajar luar Negara.
      2. Menyediakan surat perlantikan Penasihat Akademik pelajar dan fail pelajar untuk penasihat.
      3. Urusan menyediakan Sijil Penghargaan Dekan bagi pelajar yang mendapat GPA 3.5 ke atas setiap semester.
      4. Menguruskan pencalonan hadiah akademik pelajar/Medal Dekan.
      5. Membantu mengeluarkan surat penghargaan kepada penaja hadiah akademik.
      6. Membantu dalam urusan persediaan keperluan peperiksaan
      7. Membantu dalam urusan percetakan dan pengedaran borang markah dan soalan peperiksaan.
      8. Membantu menguruskan pendaftaran kursus pelajar baru.
      9. Membantu memproses surat, borang permohonan dan memasukkan status graduan bagi pelajar-pelajar semester akhir.
      10. Membantu mengemaskini dan menyemak segala pembetulan atau perubahan markah selepas mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Fakulti dan Jawatankuasa Tetap Senat.

 

 

2.0       TUGAS-TUGAS UMUM

  1. Urusan kaunter pelajar.
    1. Penyediaan laporan keputusan peperiksaan untuk Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Fakulti dan Jawatankuasa Tetap Senat.
    2. Memasukkan markah peperiksaan pelajar dan mencetak laporan.
    3. Mengumpul borang penganugerahan.
      1. Pendaftaran pelajar baru.
      2. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan Pentadbiran Fakulti dari masa ke semasa.