Anugerah Pentadbir UTM 2016

animated gif 

===================================================================================

LATARBELAKANG 

Sejajar dengan keperluan Universiti, Anugerah Pentadbir (AP) adalah anugerah yang diwujudkan oleh Universiti bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (PPP) yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan, pelaksanaan dan peningkatan bidang Pengurusan dan Pentadbiran  (P&P).

 KATEGORI ANUGERAH : INDIVIDU

KRITERIA/ SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pencalonan terbuka kepada staf kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pelaksana (PPP) Gred 41 ke atas yang sedang berkhidmat pada tahun dinilai merangkumi semua kumpulan perkhidmatan yang sedia ada di Universiti.
  1. Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sekurang-kurangnya sekali (1) dalam perkhidmatan.
  1. Bebas daripada dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh 10 tahun terakhir.
  1. Berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun di UTM.
  1. Markah LNPT tidak kurang 90% setiap tahun (sepanjang 10 tahun perkhidmatan terakhir).
  1. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
  1. Tiada Rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  1. Diperakukan oleh Ketua Jabatan.
  1. Pencalonan boleh dibuat oleh:
    • Ketua Jabatan
    • mana-mana pihak
    • rakan-rakan
    • diri sendiri

NILAI ANUGERAH : Nilai anugerah berupa wang tunai RM3,000.00, trofi dan sijil

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Puan Saidatul Akmal Abdul Hamid di talian

07-5530465/saidatul@utm.my atau Puan Pauziah Salleh di talian 07-5530423/s-pauziah@utm.my 

 

Sila klik pautan berikut bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Anugerah Pentadbir 2016 :-

Segala kerjasama daripada pihak Saudara kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih

(Dilawati 228 kali, 1 lawatan hari ini)