Berita & Pengumuman

TAHNIAH!

Kami warga Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar mengucapkan TAHNIAH! di atas pelantikan semula Y. Bhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia dari 1 Sept 2016 hingga 31 Ogos 2018.

LAWATAN PENANDA ARAS BAGI MEMPELAJARI AMALAN TERBAIK LALUAN KERJAYA KENAIKAN PANGKAT STAF AKADEMIK UNIVERSITI MALAYA

Bahagian Sumber Manusia (BSM), Pejabat Pendaftar telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Universiti Malaya (UM) pada 23 Mei 2016. Lawatan selama 1 hari ini bertujuan mendapatkan maklumat berkaitan kriteria, sistem dan proses pelaksanaan laluan kerjaya staf akademik. Delegasi lawatan terdiri daripada 11 orang staf diketuai oleh Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin selaku Pengerusi Task Force […]

LAWATAN PENANDA ARAS KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP)

Bahagian Sumber Manusia (BSM), Pejabat Pendaftar telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 15 Mac 2016 bagi melihat sistem HR yang telah dibangunkan. Lawatan selama 1 hari ini diketuai oleh Dr. Shahizan dari Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT), UTM Johor Bahru bersama beberapa orang pegawai dari CICT & BSM, Pejabat […]

TINDIKAN PENDAFTAR GREAT ZIMBABWE UNIVERSITY, ZIMBABWE

Pendaftar Great Zimbabwe University, Zimbabwe, Mrs. Sinikiwe Gwatidzo Nee Tirivanhu telah menjalani skim tindikan di UTM bermula 18 Januari 2016 sehingga 11 Februari 2016. Berdasarkan jadual tindikan yang disediakan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), beliau telah bersama Pejabat Pendaftar pada 18 & 19 Januari 2016. Terima kasih diucapkan kepada Mrs. Sinikiwe Gwatidzo […]

MAJLIS ANUGERAH PERMATA GEMILANG (MAPG) TAHUN 2015

Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah di Majlis Anugerah Permata Gemilang (MAPG) Tahun 2015. Anugerah ini diberikan berdasarkan pencapaian yang dicatat sepanjang tahun 2014. Berikut disenaraikan penerima anugerah mengikut kategori yang dipertandingkan. Anugerah Kecemerlangan Staf Nurrul Ain binti Yaacop Azri bin Hohad Salmah binti Arshad Hanifah binti Ahmad Fadzliani binti Nordin Maizatulkasmah binti Ngadiman Hariyani binti […]

KONVENSYEN INOVATIF, EFISYEN & PRODUKTIF (KIEP) UTM 2015

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan KIK G2 Glorious dari Bahagian Pengurusan Modal Insan (HCM), Pejabat Pendaftar kerana telah memenangi Anugerah Emas, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Fasilitator Terbaik & Anugerah Kumpulan Terbaik (Pengurusan) pada Konvensyen Inovatif, Efisyen & Produktiviti (KIEP) Anjuran UTM pada 24 & 25 November 2015 bertempat di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim. Semoga […]

SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH

Kami seluruh Warga HCM, Pejabat Pendaftar mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Adenan bin Ahmad atas khidmat & jasa yang telah disumbangkan selama beliau berkhidmat di HCM, Pejabat Pendaftar khususnya. En. Adenan bin Ahmad mula berkhidmat di UTM pada 21 Febuari 1981. Pada masa ini beliau sedang bercuti bermula 10 November 2015 sebelum bersara pada […]

SESI UJICUBA ACADEMIC TRACKING SYSTEM (ATRACKS)

Sesi Ujicuba Academic Tracking System (Atracks) telah diadakan pada 27 Ogos 2015 bertempat di Makmal 1, CICT UTM Kuala Lumpur. Sesi ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua pengguna sistem yang terlibat di UTM Kuala Lumpur.  

SESI PERJUMPAAN DAN TAKLIMAT BAGI PEMINJAM PENDIDIKAN PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dalam usaha mengutip semula bayaran pinjaman PTPTN daripada semua peminjam khususnya penjawat awam yang gagal membayar semula pinjaman pendidikan tersebut. Berdasarkan jumlah peminjam di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi, penjawat dari universiti awam merupakan peratusan terbesar yang masih berhutang dengan PTPTN iaitu sebanyak 76% dan hanya 1.1% sahaja […]

BENGKEL PELAPORAN NAZIRAN PERJAWATAN 2015

Bengkel Pelaporan Naziran Perjawatan 2015 ini telah diadakan pada 19, 20 & 21 Ogos 2015 bertempat di UTM KL.

More News..

Selamat Datang Ke Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar

Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Bahagian Sumber Manusia

Bahagian Sumber Manusia mengharapkan agar laman web ini dapat membantu pengunjung/pelawat mendapatkan maklumat yang dikehendaki berdasarkan fungsi kami. Pengunjung adalah diharapkan dapat membantu kami menambahbaik lagi laman web kami dengan menghantarkan cadangan kepada kami melalui email di menu Aduan & Cadangan seperti yang tertera di atas.

Produktiviti

June 2017
M T W T F S S
« Apr    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930