Latihan Jangka Pendek

Memperluaskan ilmu pengetahuan serta kemahiran kepada semua staf adalah komitmen universiti melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar. Staf dipelbagai peringkat dan skim akan diberi peluang dan ruang untuk membolehkannya membangunkan keupayaan, kebolehan, kepakaran dan minat bagi pemcapaian pembangunan individu, pertumbuhan kerjaya dan organisasi.

Dasar dan perancangan latihan staf yang sesuai akan dapat memenuhi keperluan pembangunan staf tanpa mengabaikan kepentingan memenuhi objektif universiti. Salah satu aspek pencapaian dan kejayaan organisasi adalah melalui latihan yang boleh meningkatkan prestasi staf, mengukuhkan kerjaya individu serta menyediakan peluang untuk pembangunan dan pertumbuhan diri.

Selaras dengan objektif Universiti,Meningkatkan Kualiti Sumber Manusia Sejajar Dengan keperluan×Negara, dapat dirumuskan bahawa diantara faktor kejayaan kritikal UTM ialah perlunya diwujudkan pengurusan kualiti dan staf berkualiti. Universiti telah  menggariskan beberapa strategi dan pelan tindakan yang akan dan telah dilaksanakan diantaranya ialah mempertingkatkan kemahiran staf serta memantapkan kualiti kepimpinan dipelbagai peringkat. Melalui pelaksanaan program latihan yang lebih tersusun, ia akan menjadi suatu alat untuk mempertingkatkan keupayaan serta kebolehan staf bertindak sebagai satu perkhidmatan yang profesional dan berkesan.

(Dilawati 1,075 kali, 1 lawatan hari ini)