Polisi Latihan

1. Setiap staf dikehendaki mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
2. Staf diberi latihan dan latihan semula (retraining) secara berterusan untuk membolehkan staf mengikuti perkembangan ilmu dan perubahan teknologi.
3. Semua staf diberi latihan kemahiran asas teknologi maklumat.
4. Staf akademik hendaklah mempunyai kelayakan diperingkat ijazah doktor falsafah / doktor kejuruteraan / doktor sains dan setaraf dengannya.
5. Memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga peratus (3%) daripada jumlah emolumen tahunan staf untuk membiayai program latihan, tidak termasuk pembiayaan bagi saraan cuti staf akademik.

 

MATLAMAT POLISI

  • Memupuk profesionalisme pada staf.
  • Membentuk dan memantapkan kumpulan kerja yang efektif.
  • Menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

 

(Dilawati 713 kali, 1 lawatan hari ini)