Latar belakang Seksyen Pembangunan

test 1 copy

Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD) ialah salah satu dari lima bahagian di bawah Pejabat Pendaftar. HCD ditubuhkan pada tahun 1975 dan dikenali sebagai Unit Latihan dan Kerjaya (ULK). Kemudian, pada bulan Mac 1994, nama ULK telah diubah kepada Unit Pembangunan Sumber Manusia (Unit HRD) sehinggalah pada tahun 2005 sekali lagi nama Unit HRD ditukar kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia. Melalui Amanat Tahun Baru Naib Canselor 2009 iaitu pada 6 Januari, YBhg Dato’ Seri, telah membuat penjenamaan semula nama HRD apabila ia ditukar kepada Bahagian Pembangunan Modal Insan (HCD).

               Fungsi utama Bahagian HCD ialah melaksanakan latihan jangka pendek (kurang dari tiga bulan) dan latihan jangka panjang (lebih dari tiga bulan), menguruskan tempahan tiket penerbangan Universiti dan juga melaksanakan program-program pembangunan profesional berterusan. Mulai 1 Jun 2005 Unit PTK di letakkan di bawah HCD. Dengan pertambahan unit di dalam HCD, maka bahagian HCD secara tidak langsung mempunyai pertambahan bilangan staf dan juga fungsi serta tanggungjawab.

                 Pada 1 Februari 2016 pula, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HCD) telah digabungkan dan dijenamakan semula. Bahagian Sumber Manusia telah diberi nama dengan mempunyai 5 Unit Utama di dalamnya, Seksyen Pembangunan (HCD), Seksyen Perjawatan, Seksyen Pengurusan & Data, Seksyen Perkhidmatan dan Urusetia Lembaga Pengarah.

(Dilawati 202 kali, 1 lawatan hari ini)