Program Transformasi Minda Siri 2/2014

TERKINI design ptm 2014 copy

Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar telah mengadakan Program Transformasi Minda Siri 2/2014 Pada 24 – 28 Ogos 2014 bagi Kumpulan Pelaksana, Kumpulan Pengurusan Dan Professional (Bukan Akademik) dan Kumpulan Pengurusan dan Professional (Akademik). Penyertaan seramai 53 orang pegawai lantikan baharu terlibat bagi menjayakan siri kali ini yang diadakan di Dewan Utama Pusat Latihan UTM. Antara perkongsiannya adalah memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotik pegawai supaya lebih berketrampilan tinggi.

Program ini dimantapkan lagi dengan kepakaran bidang penceramah yang berpegalaman dari kalangan pegawai UTM sendiri dan bagi ujian kefahaman pula diselia oleh  Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).  Ianya sejajar bagi mencapai objektif program iaitu melahirkan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah universiti maju dan menggalakkan pemikiran yang selari dengan aspirasi universiti. Selain itu diharapkan agar PTM dapat menghasilkan nilai tambah dalam tugasan dan keupayaan menyediakan pegawai yang membudayakan nilai-nilai murni.Pegawai yang lulus dalam program ini akan menerima sijil dan kehadiran mereka dicatatkan dalam rekod perkhidmatan.

(Dilawati 439 kali, 1 lawatan hari ini)