Garis Panduan Pelantikan Pentadbir Akademik

Garis Panduan Pelantikan Pentadbir Akademik merupakan panduan pelantikan Pentadbir Akademik dalam Universiti Teknologi Malaysia

Pentadbir Akademik ialah staf akademik yang dilantik sebagai Dekan bagi entiti akademik, Pengarah, Dekan, Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan, Pengurus, Pengetua serta jawatan yang diwujudkan oleh Universiti bagi mengurus tugas-tugas pentadbiran dan akademik di Fakulti, Pusat, Bahagian dan lain-lain Pusat Tanggungjawab. Felo Kolej Kediaman TIDAK dikategorikan sebagai Pentadbir Akademik dalam Garis Panduan ini.