Siapakah yang layak ditanggung oleh staf di bawah kemudahan perubatan?

a.  Isteri atau isteri-isteri yang sah bagi staf lelaki dan suami yang sah bagi staf wanita.

b.  Anak-anak yang ditanggung sepenuhnya termasuk anak tiri atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang dengan memenuhi syarat-syarat berikut:
i-   Berumur di bawah 18 tahun kecuali masih belajar sepenuh masa dan tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.
ii-  Anak yang sedang menuntut sepenuh masa di peringkat ijazah Pertama sahaja juga layak mendapatkan kemudahan rawatan tidak melebihi umur 24 tahun dan belum berkahwin.
iii-  Anak istimewa tanpa had umur. 

c.  Ibu bapa yang sah termasuk ibubapa kandung atau ibubapa tiri atau ibubapa angkat yang pertaliannya sah daripada segi undang-undang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau Hospital IPTA sahaja (kemudahan klinik panel universiti adalah tidak layak).

Bagi staf di bawah Skim Saraan JKK, ibubapa tidak termasuk di bawah tanggungan dan tidak layak menerima kemudahan di bawah skim ini.

Apakah kemudahan yang diberikan kepada keluarga staf sekiranya staf meninggal dunia?

Setiap staf yang meninggal dunia dalam perkhidmatan akan diberi wang bantuan mengurus jenazah berjumlah RM3,000.00. Wang ini akan disampaikan kepada waris dalam tempoh 24 Jam selepas pihak BPO mendapat maklumat kematian. Bantuan ini adalah selaras dengan peruntukan yang ada dalam Pekeliling Perkhidmatan bil. 9/1991 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Adakah UTM membenarkan kutipan derma dilakukan di dalam kampus?

Ya. Namun, perlu mendapatkan surat pengesahan daripada pihak berwajib sebagai mana berikut:

i. Derma daripada organisasi luar.

  • Masjid atau surau: melalui Jabatan Agama Negeri atau Daerah.
  • Derma khas: melalui kementerian atau Jabatan Kerajaan.
  • Derma rumah anak yatim: melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

ii. Derma dalaman.

  • Staf: melalui ketua jabatan.
  • Pelajar: melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).