Saya seorang staf sedang berkhidmat dalam jawatan tetap. Saya berminat memohon jawatan lain yang lebih tinggi di UTM. Bolehkah saya memohon?

Mengikut peraturan (P.U.(A)176/2005), perkara 10; menyatakan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat boleh dilantik ke suatu jawatan dalam skim perkhidmatan lain jika pegawai memenuhi/mematuhi syarat yang dikehendaki oleh skim perkhidmatan jawatan yang diminta.