Apakah kemudahan yang diberikan kepada keluarga staf sekiranya staf meninggal dunia?

Setiap staf yang meninggal dunia dalam perkhidmatan akan diberi wang bantuan mengurus jenazah berjumlah RM3,000.00. Wang ini akan disampaikan kepada waris dalam tempoh 24 Jam selepas pihak BPO mendapat maklumat kematian. Bantuan ini adalah selaras dengan peruntukan yang ada dalam Pekeliling Perkhidmatan bil. 9/1991 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Adakah UTM membenarkan kutipan derma dilakukan di dalam kampus?

Ya. Namun, perlu mendapatkan surat pengesahan daripada pihak berwajib sebagai mana berikut:

i. Derma daripada organisasi luar.

  • Masjid atau surau: melalui Jabatan Agama Negeri atau Daerah.
  • Derma khas: melalui kementerian atau Jabatan Kerajaan.
  • Derma rumah anak yatim: melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

ii. Derma dalaman.

  • Staf: melalui ketua jabatan.
  • Pelajar: melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Apakah kaedah untuk mendapatkan maklumat berkaitan latihan yang akan dianjurkan dan menjadi seorang calon?

Terdapat 3 kaedah dalam mendapatkan maklumat berkaitan latihan yang akan dianjurkan. Antaranya adalah:i)    Semakan senarai latihan didalam Buku Program Latihan yang akan diedarkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar kepada setiap Ketua Jabatan & Pegawai Sumber Manusia (PSM) di setiap fakulti.ii)   Semakan jadual senarai latihan didalam laman sesawang Pejabat pendaftar.Melalui pengeluaran surat permohonan keperluan calon program yang dikeluarkan oleh Unit Latihan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar.

Apakah syarat-syarat bagi permohonan bersara pilihan dan bagaimana bayaran bersara pilihan dibayar?

Seseorang staf boleh memohon persaraan pilihan apabila berumur 40 tahun ke atas. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tidak kurang dari 10 tahun. Semasa persaraan pilihan diluluskan staf layak dibayar ganjaran perkhidmatan dan gantian cuti rehat (jika ada). Bayaran persaraan akan dibayar apabila mencapai umur 45 bagi perempuan dan 50 bagi lelaki. Bagi staf lantikan selepas 12 April 1991, bayaran bersara mengikut umur opsyen 55/56/58.