DS45/DS51/DS52 – Pensyarah

 

JAWATAN :     Pensyarah

 

SENARAI TUGAS :

 

1.         PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bidang kerja ini ditumpukan pada perkara yang berkaitan dengan pengendalian sesuatu matapelajaran yang merangkumi:

 

  1. Menyediakan jadual rancangan semester yang diedarkan kepada pelajar;
  2. Memeriksa jawapan;
  3. Mengadakan perkhidmatan bimbingan dan pemulihan;
  4. Memberi kuliah antara 2 kredit (30 jam) hingga ke-8 kredit (120 jam) setiap semester;
  5. Membuat penilaian keberkesanan pengajaran;
  6. Menyediakan alat bantu kuliah; dan
  7. Menyediakan rancangan dan bahan untuk penilaian bagi matapelajaran yang dikendalikan lengkap dengan jawapan dan skima markah bersesuaian dengan kurikulum dan dipersetujui oleh panel.

 

2.         PENYELIAAN TESIS, PROJEK DAN LATIHAN PRAKTIK

Bidang kerja ini ditumpukan pada penyeliaan tesis, projek dan latihan praktik. Perkara yang perlu dilihat adalah:

 

  1. i.             PENYELIAAN TESIS DAN PROJEK
    1. Membuat kerja penyeliaan;
    2. Perancangan dan jadual penyeliaan (contoh seperti buku log);
    3. Memeriksa kerja projek dan tesis; dan
    4. Membuat laporan dan pengesahan tentang projek dan tesis.

 

  1. ii.            PENYELIAAN LATIHAN PRAKTIK
    1. Menghadiri mesyuarat dan taklimat untuk semua penyelia fakulti.
    2. Menghadiri taklimat latihan praktik bersama siswa;
    3. Menetapkan jadual lawatan lengkap berpandukan kepada Rancangan Jawatankuasa Latihan Praktik Fakulti;
    4. Melakukan beberapa lawatan ke organisasi/industri untuk membuat penyelarasan bidang tugas, memberi bimbingan, penyeliaan dan membuat penilaian;
    5. Mengambil tindakan sewajarnya untuk menjamin siswa menjalani latihan praktik selaras dengan objektif yang ditetapkan;
    6. Meneliti buku log siswa pada tiap-tiap kali lawatan;
    7. Menjalin hubungan dengan pihak organisasi/industri;
    8. Membantu menyelesai masalah siswa; dan

i.          Menyiapkan laporan penyeliaan dan segala penilaian yang berkaitan serta saranan untuk memperbaiki program latihan praktik akan datang.

 

TUMPUAN MASA : Sebagai staf akademik, tumpuan masa harus diberikan terhadap pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan tesis, projek dan latihan praktik pelajar atau perkara-perakara yang berkaitan.

 

 

  1. 3.            PENYELIDIKAN

Melaksanakan projek penyelidikan dalam bidang ilmu atau kepakaran masing-masing.

 

 

 

4.         PERUNDINGAN

Menjalankan kerja-kerja perundingan terhadap pelanggan yang dipersetujui oleh Universiti yang berkaitan dengan ilmu dan kepakaran masing-masing.

 

5.         PENERBITAN/PENULISAN

            Menerbitkan/menulis bahan-bahan bacaan yang meliputi:

i.          Monograf, makalah, modul, kertas kerja seminar dan bengkel;

  1. Buku;
  2. Laporan; dan
  3. Jurnal

 

Bahan-bahan yang diterbit/ditulis ialah bidang-bidang kepakarannya.

 

6.         PENGURUSAN

  1. Pentadbiran merangkumi tugas perancangan, pengurusan, pengawalan, penyeliaan dan penilaian sesuatu bidang tugas dalam sesuatu jangka waktu yang ditetapkan.
  2. Pentadbir Akademik UTM di peringkat Universiti/Fakulti adalah:

 

  1. Timbalan Naib Canselor;

ii.         Dekan/Pengarah;

iii.       Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah;

iv.        Ketua Jabatan/Ketua Kursus;

  1. Penyelaras;
  2. Ketua Panel atau jawatan yang diiktiraf setaraf;
  3. Ketua Makmal;
  4. Jawatankuasa peringkat fakulti/Universiti sebagai;
    1. Pengerusi;
    2. Setiausaha; atau
    3. Ahli Jawatankuasa.

 

 

7.         PERKHIDMATAN KEMASYARAKATAN

Kerja-kerja perkhidmatan masyarakat di luar atau dalam Universiti mengikut peringkat-peringkat dalam bidang kepakaran:

i.          AJK peringkat antarabangsa;

ii.         AJK peringkat kebangsaan;

iii.       AJK peringkat Negeri/Daerah; dan

  1. Berkhidmat sebagai Pengetua Asrama, Felo dll.

 

 

8.         PEMBANGUNAN PELAJAR

Menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan sahsiah pelajar, aktiviti pelajar dan sebagainya.

 

 

TUMPUAN MASA:  Tumpuan masa harus juga diberikan dalam bidang penyelidikan, perundingan, penerbitan/penulisan, pengurusan, perkhidmatan kemasyarakatan dan pembangunan pelajar.

 

 

 

 

 

 

PENERANGAN TUGAS

 

9.      KETUA MAKMAL

Tugas ketua makmal marangkumi kerja-kerja berkaitan dengan:

i.          Pembelian alat-alat;

  1. Pembangunan makmal;
  2. Mengawasi disiplin staf makmal;
  3. Memastikan ujikaji berjalan dengan lancar dan teratur dan
  4. Menggalak dan memimpin aktiviti penyelenggaraan peralatan makmal.

 

10.    PENYELARAS MAKMAL

Tugas penyelaras makmal ialah:

  1. Menyusun jadual ujikaji makmal mengikut kumpulan;
  2. Menyelaras ujian makmal;
  3. Memastikan markah-markah makmal dikumpul dan diproses; dan
  4. Memastikan setiap makmal mengikut peraturan yang ditetapkan.

 

 

11.     PENYELARAS MATAPELAJARAN

Tugas penyelaras matapelajaran ialah untuk mengadakan perbincangan dari masa ke semasa dengan semua pensyarah bagi matapelajaran yang diawasinya. Ini adalah untuk memastikan supaya adanya penyelarasan dari segi pengajaran dan penilaian bagi matapelajaran tersebut.

 

 

12.    PENASIHAT AKADEMIK

Setiap pensyarah dikehendaki meluangkan masa mereka bagi tujuan berjumpa dengan pelajar baik dari segi penasihatan mahupun bagi membantu menyelesaikan masalah pelajar mengenai kursus yang diajari oleh pensyarah.

 

13.    PENYELIA MAKMAL

  1. Memastikan dan memberi taklimat kepada pelajar pada permulaan setiap sesi makmal.
  2. Menyelia dan menunjukajar pelajar menjalankan ujikaji dengan betul.
  3. Menilai kerja-kerja makmal pelajar.
  4. Menyerahkan markah ujikaji makmal kepada Ketua Makmal.

 

 

14.       Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan Pentadbiran Fakulti dari masa ke semasa.

(Dilawati 1,034 kali, 1 lawatan hari ini)