+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Tokoh Akademik

Kriteria Penerima Anugerah Tokoh Akademik

 

Penerima ATP mestilah merupakan seorang staf akademik yang:

  • Telah menunjukkan kecemerlangan serta memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan, perlaksanaan dan peningkatan bidang P&P  di dalam atau/dan luar UTM.
  • Memiliki akhlak yang mulia

 

Kecemerlangan dan sumbangan ke atas pembangunan, perlaksanaan dan peningkatan P&P di nilai berdasarkan komponen berikut:

  • Ciri-Ciri Peribadi dan Kepakaran
  • Perlaksanaan Fungsi P&P
  • Sumbangan Yang Diberikan dan Pengiktirafan Yang Diterima Berkaitan P&P

 

Huraian mengenai setiap komponen serta wajaran penilaian adalah seperti berikut:

  1. Ciri-Ciri Peribadi Dan Kepakaran (10%)
    • Kelayakan akademik
    • Kelayakan/persijilan dalam pengajaran
    • Keahlian dalam badan profesional yang berkaitan dengan P&P
    • Keahlian dalam badan mempromosi kualiti pengajaran
    • Perunding  atau pakar rujuk dalam bidang rekabentuk dan pembangunan kurikulum
    • Perunding atau pakar rujuk dalam bidang pengajaran
  2. Perlaksanaan Fungsi P&P
    1. Kualiti Pengajaran (20%)
      • Keupayaan melaksanakan fungsi pengajaran secara berkesan, memotivasikan pelajar dan merangsang daya intelek mereka, kesediaan membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran.  Pengiktirafan terhadap kualiti pengajaran ditentukan daripada tiga sumber utama iaitu penilaian pelajar, penilaian rakan sejawat  dan penilaian oleh pentadbir akademik.
    2. Input Kepada Usaha Menjamin Kualiti Pengajaran (40%)
      • Sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan  mengemaskini bahan pengajaran.
      • Mengimbangi kandungan pengajaran dengan bahan-bahan penyelidikan/penulisan sendiri dan bahan dari sumber/pakar lain.
      • Sentiasa mengikuti perkembangan  dan pendekatan P&P berkesan terkini dan mengambil langkah inovatif.
      • Minat dan usaha berterusan untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, melalui penyertaan dalam kursus/seminar berkaitan.
      • Sumbangan kepada usaha peningkatan kualiti P&P melalui  penyelidikan dan penerbitan..
      • Menyediakan panduan pembelajaran berkesan untuk pelajar.
      • Memberi bimbingan kepada pelajar sebagai sebahagian tanggungjawab pengajaran berterusan.
      • Mempunyai rekod/bukti pelaksanaan fungsi pengajaran berkesan, misalnya Portfolio Pengajaran.
  3. Sumbangan Yang Diberikan dan Pengiktirafan Yang Diterima Berkaitan P&P
    1. Sumbangan Diberikan (25%)
      • Sumbangan dalam rekabentuk dan pembangunan kurikulum program akademik.
      • Sumbangan dalam peningkatan kualiti dan keberkesanan P&P (pengamalan pendekatan P&P baru dan sedia ada yang berkesan, inovasi dalam P&P, dll)
      • Sumbangan sebagai pengerak, motivator dan promoter  kepada rakan sejawat dalam usaha peningkatan keberkesanan P&P berterusan.
      • Sumbangan berkaitan  Penasihatan Akademik Pelajar di peringkat Universiti (khidmat sebagai PA, penceramah/ fasilitator kursus PA, dll)
      • Sumbangan khidmat nasihat dan bimbingan kepada pelajar selain dari hal berkaitan akademik (character building, pembangunan kerjaya, dll)
      • Sumbangan berkaitan kursus/bengkel  berkaitan peningkatan P&P di kalangan staf akademik (rekabentuk dan kandungan kursus, penceramah, fasilitator, dll)
      • Pemeriksa Dalam/Luar untuk calon sarjana/Ph.D
      • Penilai/Penyunting jurnal ilmiah
      • Sumbangan untuk memajukan bidang pendidikan secara am, seperti pengurusan PIBG, perundingan P&P,  penceramah/fasiliator kursus atau bengkel berkaitan P&P.
      • Sumbangan kepada kemajuan ummah seperti usaha menjamin kejayaan keluarga dalam pendidikan, sumbangan untuk kemajuan pendidikan komuniti.
      • Lain-lain sumbangan yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada perkembangan dan pembangunan P&P
    2. Pengiktirafan Yang Diterima (5%)
      • Anugerah kecemerlangan profesional/akademik yang berkaitan dengan P&P seperti Anugerah Pengajar Terbaik, Tokoh Guru, Anugerah  Penerbitan (ilmiah), dll.
      • Surat penghargaan yang diberikan oleh kerajaan, agensi, badan, komuniti atau orang perseorangan di atas sumbangan yang diberikan berkaitan dengan pembangunan dan perkembangan P&P.

 

Muat Turun;

Borang Anugerah Tokoh Akademik