+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pentadbir Terbaik

Kriteria Penerima Anugerah Pentadbir Terbaik

 

Kriteria Anugerah

Anugerah ini adalah berasaskan beberapa Kriteria utama iaitu:

  1. Kecemerlangan dalam Pengurusan & Pentadbiran
    • Khusus berkaitan dengan Kerja Hakiki
    • Ambil markah prestasi tahunan bagi tempoh 10 tahun kebelakang
  2. Sumbangan menerusi kreativiti dan inovasi
    • Penambahbaikan atau pembaharuan yang telah dibuat
  3. Kecemerlangan dalam kepimpinan (role model)
    • Menjadi Pakar Rujuk sesuatu bidang seperti sukan, kebudayaan, IT dan yang setaraf
    • Anugerah UTM Dalam Negera Luar Negara
      Ahli Panel 1 3 5
      Perunding/Pakar Rujuk
      Juri
      Fasilitator
    • Anugerah @ Perkhidmatan yang pernah diterima
    • Anugerah UTM Dalam Negera Luar Negara
      Anugerah Staf Cemerlang 1 3 5
      Pingat
  4. Pembentangan
    • Pembentangan Kertas Kerja/Ceramah/Kolokium peringkat UTM/Dalam Negara/Antarabangsa
    • UTM = 1
    • Dalam Negara = 2
    • Antarabangsa = 3
  5. Penulisan dan Penerbitan
    • Penulisan dalam Jurnal/ Majalah/Prosiding/Suratkhabar
    • UTM = 1
    • Dalam Negara = 2
    • Antarabangsa = 3
    • Penulisan Buku = 5
  6. Khidmat Masyarakat = 10% markah
    • Sumbangan kepada komuniti luar UTM seperti Pengerusi PIBG, AJK Kampung, AJK Masjid
    • Jawatan UTM Negeri Negara Antarabangsa
      Pengerusi 5 6 7 8
      Timbalan Pengerusi 4 5 6 7
      Setiausaha 3 4 5 6
      Bendahari 2 3 4 5
      Lain-lain (AJK,
      Penaung, Penasihat)
      1 2 3 4
    • Memegang Jawatan sekurang-kurangnya 1 tahun
  7. Khidmat Masyarakat = 10% markah
    • Penglibatan dalam Badan Profesional seperti Ahli, AJK, Pengerusi, Setiausaha
    • Jawatan UTM Negeri Negara Antarabangsa
      Pengerusi 5 6 7 8
      Timbalan Pengerusi 4 5 6 7
      Setiausaha 3 4 5 6
      Bendahari 2 3 4 5
      Lain-lain (AJK,
      Penaung, Penasihat)
      1 2 3 4

 

Syarat & Peraturan

  1. Pencalonan terbuka kepada staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (bukan akademik) yang merangkumi semua kumpulan perkhidmatan yang sedia ada di Universiti.
  2. Kecemerlangan sepanjang perkhidmatan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, hasil sumbangan menerusi kreativiti dan inovasi/ penggunaan IT dalam pentadbiran
  3. Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan mempunyai integriti yang tinggi.
  4. Mempunyai ciri kepimpinan yang cemerlang (role model).
  5. Sumbangan mengambilkira sepanjang tempoh perkhidmatan.
  6. Bebas daripada dikenakan tindakan tatatertib.
  7. Berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun di UTM

 

Kriteria Pemilihan Anugerah

  1. Semua staf Kumpulan Pengurusan & Profesional (bukan akademik) yang merangkumi semua skim perkhidmatan yang sedia ada di Universiti yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, hasil sumbangan menerusi kreativiti dan inovasi/penggunaan IT dalam pentadbiran serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang (role model) adalah layak diperimbangkan.
  2. Staf yang menghasilkan penemuan/kaedah baru dalam pengurusan dan pentadbiran.
  3. Penambahbaikan yang mempunyai impak yang tinggi terhadap pengurusan & pentadbiran.

 

Penjelasan Kriteria

  1. Kriteria hasil sumbangan menerusi kreativiti dan inovasi / penggunaan IT dalam pentadbiran dan lain-lain bentuk inovasi:
    1. Staf yang mempunyai hasil sumbangan dalam pentadbiran seperti penggunaan IT dalam pentadbiran dan lain-lain bentuk inovasi.
    2. Hasil sumbangan itu merupakan idea asal (original).
    3. Mempunyai dokumentasi yang lengkap dan diterima pakai di peringkat Unit/Bahagian/Universiti.
    4. Telah membuktikan keberkesanan hasil dan impak penggunaannya dalam pentadbiran di peringkat Unit/Bahagian/Jabatan/Universiti.
  2. Kriteria Kecemerlangan dalam kepimpinan (role model):
    1. Staf yang pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau sebarang anugerah yang dianjurkan oleh UTM atau pihak luar.
    2. Mempunyai pencapaian prestasi kerja yang cemerlang.
    3. Bergiat aktif serta mempunyai sumbangan di luar tugas rasmi yang diiktiraf oleh masyarakat.
    4. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menjadi pakar rujuk (resource person) dalam hal ehwal pentadbiran.
    5. Mempuyai kualiti peribadi yang cemerlang.

 

Hadiah Bagi Pemenang

Calon yang berjaya akan diraikan di Majlis Citra Karisma dan bakal menerima;

  1. Wang Tunai RM5,000.00
  2. Piala
  3. Sijil

 

 

 

xx