Kriteria Penerima Anugerah
- Kriteria anugerah masih menggunapakai syarat asas sedia ada iaitu:
- Memberi sumbangan kepada mahasiswa UTM, alumni UTM, komuniti, di peringkat negara dan dunia:
- Aktif dalam berpersatuan : disektor negeri, Special Interest Group (SIG), persatuan-persatuan Alumni UTM dan koperasi Alumni UTM Berhad (KAUTMB)
- Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti alumni
- Penglibatan dan sumbangan dalam program-program universiti (memberi idea/ceramah/seminar/nasihat/kepakaran/dan lain-lain)
- Memberi sumbangan kepada Tabung Endowmen Alumni UTM.
- Memberi lain-lain sumbangan/penajaan berupa wang peralatan dan sebagainya.
- Pencapaian tinggi di peringkat nasional dan internasional yang membanggakan universiti.
- Penglibatan aktif dalam jawatankuasa Non-Covermental Organization (NGO) peringkat nasional dan antarabangsa.
- Lain-lain sumbangan.
.
- Berjaya dalam kerjaya:
- Memegang jawatan penting dalam kerajaan, badan berkanun atau swasta yang boleh dibanggakan.
- Berjaya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan yang diceburi.
- Mempunyai firma sendiri yang boleh dibanggakan.
.
- Syarat-syarat:
- Tidak pernah diisytiharkan muflis/bankrap
- Tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah.
.
- Tokoh Alumni tidak diambil kira kerana anugerah tokoh adalah lebih tinggi tarafnya.
- Seseorang alumni hanya berhak menerima sekali sahaja Penghargaan Alumni.
.
- Memberi sumbangan kepada mahasiswa UTM, alumni UTM, komuniti, di peringkat negara dan dunia:
- Bagi pemilihan setiap kategori pula, ianya akan dinilai berdasarkan kepada aspek berikut:-
.- Anugerah Penghargaan Alumni Terbilang
- Calon adalah terdiri daripada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Chief Executive Officer (CEO) di sesebuah organisasi penting bagi sektor kerajaan ataupun swasta.
.
- Anugerah Penghargaan Alumni Cemerlang
- Calon adalah terdiri daripada Pengurus Besar, Pengarah, Ketua Jabatan tertentu di sesebuah organisasi penting bagi sektor kerajaan ataupun swasta.
.
- Anugerah Penghargaan Khas Pro-Canselor
- Calon adalah dikhususkan kepada mereka yang mempunyai keistimewaan dan sumbangan tertentu kepada Universiti dan negara.
- Anugerah Penghargaan Alumni Terbilang